Usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan-permainan tradisional?Apakah definisi permainan tradisional?
Sebenarnya menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden. Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri.
Oleh itu, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini.
Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini. Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini.
Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita.
Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ni sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisiona sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini. Kesedaran yang dipupuk sejak awal in mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh pelajar.Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa.
Penayangan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka. Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita.
Konklusinya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masalah yang timbul ialah pihak berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek sebegini.
Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan permainan tradisional ini semakin dilupakan. Peribahan 'tepuk dada tanya selera' sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.
Tuesday, February 22, 2011
Monday, February 21, 2011
KENALI SOALAN MEMUDAHKAN PENULISAN
Langkah-langkahnya;
mengenalpasti kehendak soalan,pastikan di mana kedudukan setem soalan sama ada di hadapan, di tengah atau akhir soalan. jika setem soalan di hadapan contohnya BINCANGKAN faktor dan langkah meningkatkan mutu sukan maka pembahagian skema ada 2+2 iaitu 2 faktor dan 2 langkah
Kaedah Penulisan Karangan Secara Berkesan
1. Kaedah Memahami soalan esei
Konsep
Calon haruslah mahir memahami kehendak soalan. Kepelbagaian kehendak soalan sering memerangkap calon sehingga terdapat calon yang mengarang karangan yang menyeleweng. Pemarkahan untuk karangan yang menyelewang adalah 1 markah. Sekiranya keadaan ini berlaku maka pemarkahan calon bagi Kertas 2 akan menjadi rendah kerana sumbangan markah bagi karangan amat besar berbanding bahagian yang lain
1.1 Karangan Satu Aliran
Karangan jenis ini menggunakan kombinasi jawapan 4 + 0
Calon mesti memberi 4 idea yang sama kategorinya atau sama jenisnya berdasarkan kata kunci dan tajuk.
Karangan 1 aliran mempunyai 3 jenis iaitu 1 aliran terbuka, 1 aliran tertutup dan soalan yangmemberi 1 idea percuma dan 3 idea setara yang lain yang perlu difikirkan oleh calon.
1.1.1 Soalan 1 aliran terbuka
Kata kunci dan isu yang diketengahkan mempunyai perkaitan yang rapat.
Contoh soalan:
Golongan orang Kurang Upaya sering dipinggirkan oleh pelbagai sektor dalam bidang produktiviti. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.
Ayat pertama hanya melibatkan pernyataan tajuk sementara ayat kedua mengandungi kata kunci dan tajuk soalan .Oleh itu calon hanya perlu memahamkan kehendak ayat kedua sahaja. Kesimpulannya,soalan ini memerlukan 4 idea faktor orang kurang upaya dipinggirkan
Contoh idea (faktor OKU dipinggirkan dalam bidang pekerjaan)
Idea
1.sikap majikan
2.kongkongan dan kebimbangan keluarga
3.sikap masyarakat
4.faktor dalaman golongan OKU itu sendiri
1.1.2 Soalan 1 aliran tertutup
Soalan jenis ini menggunakan idea utama yang dikaitkan dengan isu atau soalan. Kata kunci hadir selepas pernyataan soalan dan lazimnya menggunakan bincangkan, ulaskan dsb.Oleh itu calon perlu memikirkan idea yang lahir berdasarkan idea utama dengan isu/tajuk. Seringkali idea yang difikirkan bersifat khusus atau kecil
Contoh soalan:
Sikap negatif masyarakat menyebabkan golongan orang kurang upaya sering dipinggirkan dalam bidang pekerjaan produktif. Ulaskan pernyataan ini.
Ulasan:
Sikap negatif masyarakat ialah idea utama sementara golongan orang kurang upaya yang dipinggirkan merupakan isu./tajuk.Kedua-dua elemen tersebut dikaitkan secara langsung dalam satu ayat dan calon akan memikirkan idea yang relevan berdasarkan dua pernyataan itu Hal ini bermakna calon perlu memberi idea sampingan berdasarkan idea utama
Contoh idea
1.masyarakat memandang rendah
2.masyarakat kurang yakin kemampuan
3.masyarakat yang kurang simpati
4.masyarakat yang hanya mementingkan keuntungan
1.1.3. Soalan 1 aliran dengan 1 idea percuma
Soalan jenis ini menyediakan 1 idea secara percuma dalam pernyataan pertama. Calon dikehendaki memikirkan 3 idea lain yang setara berdasarkan pernyataan soalan.
Contoh soalan:
Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi pencetus mereka dipinggirkan oleh masyarakat, namun masih terdapat pencetus-pencetus yang lain. Ulaskan.
Ulasan:
Soalan ini membincangkan punca OKU dipinggirkan oleh masyarakat. Dalam pernyataan pertama, telah tersedia idea pertama yang wajib diambil oleh calon. Calon hanya memikirkan 3 punca yang lain. Calon yang memberi 4 idea tanpa mengambil idea percuma maka 3 idea sahaja akan diambil kira. Oleh itu kombinasi jawapan ialah 1 + 3.
Contoh idea
1.sikap merendah diri OKU (idea percuma yang wajib diambil)
2.kekurangan latihan dan kemahiran
3.sikap negative masyarakat
4.dasar dan perundangan kerajaan
2. Soalan 2 aliran
Konsep
Soalan 2 aliran memerlukan kombinasi jawapan 2 + 2..
2.1. Soalan dua aliran yang mempunyai satu isu/tajuk tetapi mempunyai dua kata kunci
Contoh soalan:
Penggunaan kad kredit tidak beretika menimbulkan seribu satu masalah kepada pengguna, akan tetapi penggunaannya secara berhemah membawa manafaat kepada pengguna. Bincangkan
Ulasan:
Soalan ini mempunyai satu isu/tajuk iaitu penggunaan kad kredit tetapi kata kunci soalannya mempunyai dua iaitu menimbulkan masalah dan membawa manafaat. Oleh itu calon perlu memberi dua idea masalah dan dua idea manafaat. Keseimbangan jumlah idea berdasarkan dua kata kunci perlulah dipatuhi (2 + 2)
Contoh idea
Keburukan kad kredit
1. beban hutang
2. berbelanja tanpa kawalan (boros)
3. penggunaan kad yang tidak menyeluruh (terhad)
Kebaikan kad kredit
1.mempunyai cirri-ciri keselamatan
2.memudahkan urusan kaunter
3.dilindungi insuran
2.2.Soalan dua aliran yang mempunyai dua isu/tajuk tetapi mempunyai satu kata kunci soalan
Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza tetapi kata kunci yang diajukan dalam soalan mempunyai satu sahaja dan kata kunci yang sama maksudnya.
Contoh soalan
Penggunaan kad kredit membawa impak yang positif, namun penggunaan wang tunai juga tidak dinafikan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Bincangkan
Ulasan
Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza iaitu penggunaan kad kredit dan wang tunai. Namun demikian kata kunci soalan yang mengiringi tajuk mempunyai persamaan walaupun menggunakan istilah yang berbeza. Kesimpulannya soalan ini berkehendakan calon memikirkan kebaikan kad kredit dan kebaikan wang tunai. Oleh itu calon perlu membahagikan idea secara seimbang (2 + 2)
Idea
Kebaikan kad kredit
1.selamat
2.mudah dibawa
3.dilindungi insuran
Kebaikan wang tunai
1.penggunaan tanpa batasan ruang dan waktu
2.dapat mengatasi masalah boros ketika berbelanja
3.Soalan tiga aliran
Konsep
Soalan berbentuk tiga aliran menggunakan satu isu/tajuk tetapi mempunyai tiga kata kunci soalan yang berbeza. Oleh itu calon boleh membuat pilihan kombinasi jawapan berdasarkan 1 + 1 + 2 atau 1 + 2 + 1 atau 2 + 1 + 1. Sekiranya calon tidak mematuhi kombonasi jawapan maka dua idea sahaja akan diambil kira.Lazimnya soalan ini berbentuk soalan aliran tertutup
Contoh soalan
Makanan suplemen telah menjadi pilihan rakyat pada masa sekarang namun masih ada rakyat negara kita yang tidak mengambil makanan tersebut. Pengambilan makanan suplemen boleh mendatangkan kesan negative jika tidak mendapat nasihat doctor. Bincangkan.
Ulasan
Soalan ini mempunyai tiga pernyataan dan diikuti oleh kata kunci soalan (bincangkan). Calon perlu memikirkan mengapa rakyat Malaysia gemar mengambil makanan suplemen. Calon juga perlu memikirkan mengapa masih ada rakyat yang tidak mengambil makanan tersebut. Akhir sekali calon juga perlu memikirkan kesan negatif pengambilan makanan suplemen..
Idea
Mengapa rakyat mengambil makanan suplemen
1.Memulih dan memelihara kesihatan
2.Menyingkirkan toksik dalam badan
3.Meningkatkan tenaga
Mengapa terdapat segelintir rakyat tidak mengambilnya
1.Harga yang mahal/pembaziran/kurang kemampuan
2.Tidak memahami/tidak mendapat maklumat
Kesan negatif makanan suplemen
1.Keracuanan
2.Alahan
3.Merosakkan organ dalaman
4.Soalan perbandingan
Konsep
Soalan bentuk perbandingan menggunakan dua isu/tajuk yang berbeza. Kata kunci yang diajukan ialah calon dikehendaki membezakan ciri yang dikehendaki tetapi berapaksikan elemen yang sama. Calon yang tidak berpaksikan elemen yang sama ketika membuat perbandingan dianggap menyeleweng
Contoh soalan
Perkembangan Institusi Pendidikan Swasta bergerak seiring dengan perkembangan Institusi Pendidikan Awam di negara kita. Bincangkan perbezaan ciri antara kedua-dua institusi tersebut?
Ulasan
Calon dikehendaki memikirkan ciri yang sama antara kedua-dua isu tetapi perlu membuat perbandingan ciri secara serentak dalam satu perenggan. Begitu juga huraian idea yang diberi mesti menampakkan perbezaan yang amat ketara. Calon yang gagal membuat perbandingan, idea yang diberi mungkin dianggap tidak relevan dan jika hujahan tidak menunjukkan perbandingan maka markah hujahan juga akan menjadi rendah
Idea
1.Kos (perbelanjaan)
2.Bahasa pengantar
3.Kemudahan prasarana
4.Kursus
Contoh huraian yang diterima
IPTS menggunakan kos pengajian yang tinggi sementara kos pengajian di IPTA adalah rendah. Kos pengajian di IPTS tinggi kerana institusi ini mengenakan yuran yang mahal sementara kos pengajian di IPTA rendah kerana yuran yang dikenakan jauh lebih murah. Malahan IPTS mengenakan bayaran tempat tinggal yang mahal sementara IPTA mengenakan bayaran tempat tinggal yang jauh lebih rendah. Tidak ketinggalan juga IPTS berorientasikan keuntungan tetapi IPTA banyak berorientasikan kebajikan. Semua keadaan ini menyebabkan kos pengajian di IPTS lebih mahal berbanding IPTA
5 .Soalan karangan berbentuk peribahasa
Konsep
Soalan ini dimulakan dengan peribahasa dan diikuti dengan kata kunci soalan serta isu/tajuk
Contoh soalan
Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat.Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks perpaduan negara?
Ulasan
Calon dikehendaki mendefinisikan peribahasa yang diberi dan definisi serta huraian peribahasa dianggap idea pertama calon. Kemudian calon dikehendaki mengaitkan maksud peribahasa tersebut dengan isu/tajuk yang diberi. Perkaitan peribahasa dengan isu/tajuk dianggap idea calon. Calon yang tidak memberi definisi peribahasa tetapi hanya mengaitkan peribahasa dengan isu/tajuk maka idea maksima calon ialah tiga sahaja.
Idea
1.Definisi peribahasa
Perkaitan definisi dengan isu/tajuk
1.Wujudnya toleransi
2.Wujudnya kerjasama
3.Wujudnya interaksi sosial

Subscribe to:
Posts (Atom)