Monday, October 12, 2009

PANDUAN MEMBINA ESEI

Peperiksaan Percubaan STPM yang baru anda hadapi membuktikan bahawa ramai pelajar tidak mahir dalam membina esei. Cikgu risau kerana kelemahan dalam membina esei akan mengurangkan markah anda semua. Cikgu harap sedikit panduan di bawah ini akan memantapkan lagi esei yang akan anda buat dalam peperiksaan STPM sebenar.

Langkah pertama ialah para pelajar perlu memahami kehendak soalan. Kesilapan dalam memahami kehendak soalan menyebabkan anda memberikan idea yang tidak relevan yang menyebabkan anda kehilangan banyak markah.

Langkah kedua ialah para pelajar perlu memberi idea lebih daripada 4 idea. Jika anda memberi lebih 4 idea akan memberi peluang anda mendapat markah yang baik kerana hanya idea terbaik diberi markah oleh pemeriksa.

Langkah ketiga ialah pelajar perlu melihat bentuk soalan.  Lazimnya:Bentuk soalan lazimnya meminta - 2 pro + 2 kon, 4 pro ,4 kon. atau 1 + 3 kon. Lihat kata kunci seperti sejauhmanakah, bincangkan, jelaskan dan sebagainya.

Langkah keempat ialah para pelajar harus ingat bahawa penggunaan bahasa yang betul dan tepat amat penting untuk pemberian markah dari segi bahasa. Kesilapan yang berulang dari segi ejaan boleh menjejaskan markah anda. Struktur ayat yang salah juga boleh menjejaskan markah.
Langkah kelima ialah pastikan anda mempunyai idea dalam baris pertama perenggan isi. Ayat untuk
huraian janganlah sesuatu yang pendek atau terlalu ringkas menyebabkan ia seolah-olah
tergantung. Contoh boleh diberi pada mana-mana huraian. Contoh haruslah tepat
atau spesifik. Panjang perenggan yang ideal adalah antara 50-60 patah perkataan.
Ingat! Kata berganda dan kata nama dikira sebagai 1. Contoh: Universiti Putra
Malaysia (dikira sebagai 1 bukannya 3). Contoh: rama-rama( dikira sebagai 1
bukannya 2)

Perenggan 1:
• Pengenalan - Beri definisi/tafsiran atau konsep berdasarkan soalan di atas.
Jelaskan secara ringkas tetapi tepat dalam 30-40 patah perkataan. Jangan beri idea
utama di sini kerana ia tidak akan diberi markah.

Perenggan 2,3,4 dan 5 :
• Idea utama, huraian dan contoh - Baris pertama haruslah ada idea utama di
dalamnya. Ayat seterusnya haruslah merupakan huraian yang menjelaskan idea tadi.
Beri 3-4 huraian yang bernas.
Kemukakan contoh yang relevan. Berilah ayat
penegasan dalam baris yang terakhir dalam perenggan tersebut. Perlu ada
kesinambungan idea pertama ke idea seterusnya dengan menggunakan perkataan yang
sesuai untuk memulakan perenggan anda.

Perenggan 6:
• Perenggan penutup - Anda membuat kesimpulan terhadap keseluruhan dan anda
juga boleh memcadangkan sesuatu sekiranya ia bukanlah idea kepada soalan.

Ingat
1. Pembacaan anda haruslah meluas
2. Buat latihan dengan memberi satu jangkaan kepada diri anda
3. "Time" masa anda menjawab supaya anda tidak terbabas dari masa sepatutnya
kerana ia akan mengambil masa dari bahagian lain.
4. Baca semula untuk melihat sekiranya ada kesilapan.

Monday, October 5, 2009

GRAF BAR PIRAMID

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Minggu ini kita akan berkenalan dengan Graf Bar Piramid. Graf ini pernah disoal pada tahun 2004 dan 2007. Cuba lihat Graf Bar Piramid di bawah. Betul @ salah? Berapa markah yang akan anda perolehi jikalau membuat graf sedemikian?

Wednesday, September 30, 2009

NOTA KULIAH 2 OKT : KOSMETIK

Minggu ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan isu kosmetik. Pelajar-pelajar boleh membaca ringkasan kuliah yang akan disampaikan pada hari Jumaat 2 Okt 2009 ini. Para pelajar boleh klik komen di bawah untuk mendapatkan maklumat tersebut.

TERIMA KASIH PELAJAR-PELAJAR DI KOTA KINABALU

Peperiksaan sebenar STPM semakin hampir. Blog Pengajian Am ini semakin ramai pengunjungnya. Cikgu ucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar di Kota Kinabalu yang paling ramai menjadikan blog ini sebagai panduan anda. Cikgu sedang berusaha mengumpulkan beberapa soalan ramalan + jawapan untuk panduan anda semua.

Sunday, September 27, 2009

MARKAH KERTAS 2 (PERCUBAAN NEGERI JOHOR)

Pagi tadi cikgu telah menyerahkan kertas jawapan anda semua. Alhamdulilah seramai 7 orang pelajar yang telah mendapat markah yang agak baik. Kita juga telah berbincang dan mendapati bahawa kelemahan pelajar ketika menjawab kertas 2 ialah dari segi pengurusan masa dan kekurangan isi.

Anda semua perlu lebih banyak membaca untuk menambah pengetahuan am dan perbendaharaan kata. Cikgu sedaya upaya akan melengkapkan blog ini dengan soalan yang sukar serta jawapan yang agak tepat untuk semua soalan. Rajin-rajinlah membaca blog cikgu ini.

Friday, September 25, 2009

TAHNIAH JOHNSON YEN

Cikgu ucapkan Tahniah dan terima kasih kepada JohnsoN YEn yang telah menyiapkan Kerja Rumah Cuti Hari Raya. Kepada pelajar lain, sila siapkan kerja rumah anda dengan segera.

DASAR LUAR MALAYSIA

Saudari Aleen bertanyakan cara mendapatkan maklumat Dasar Luar Malaysia. Saudari boleh mendapatkan maklumat tersebut di dalam blog ini melalui 2 cara iaitu cara pertama dengan Klik link My Blog List ; Kertas 1 : Kenegaraan, kemudian download Nota Dasar Luar Malaysia di ruangan Dasar Luar Malaysia.

Saudari Aleen juga boleh Klik link My Blog List ; Kertas 1 : Kenegaraan, kemudian klik August dan di bulan Ogos ini cikgu telah memberi maklumat lengkap berkaitan Dasar Luar Malaysia.

Terima kasih kerana menggunakan Blog Pengajian Am

Wednesday, September 16, 2009

TAHNIAH PAVITRA

Tahniah kepada Pavitra yang mula menjawab soalan Kerja Rumah 1. Pelajar-pelajar lain yang tidak berjaya masuk blog dan menjawab soalan, sila maklumkan kepada cikgu.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Cikgu mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua pelajar cikgu yang beragama Islam. Pelajar-pelajar lain cikgu ucapkan selamat bercuti panjang. Jangan lupa kerja rumah yang cikgu berikan walaupun anda bercuti. Semoga sepanjang percutian ini anda semua dapat mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan STPM dan peperiksan akhir tahun semakin hampir.

Pelajar-pelajar boleh membuat latihan dengan menjawab soalan-soalan yang cikgu kemukakan. Banyak contoh karangan telah cikgu muatkan ke dalam blog ini.

Tuesday, September 15, 2009

KERJA RUMAH WAKTU CUTI HARI RAYA

Cikgu ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah melengkapkan tugasan Kerja Rumah 1. Anda boleh mula menjawab Kerja Rumah 2 (Cuti Hari Raya) pada 21 Sept 2009. Senarai semak penghantaran Kerja Rumah 1 akan cikgu paparkan di blog kerja rumah mulai minggu depan.

Friday, September 11, 2009

TAHNIAH WEI PENG

Tahniah kepada wei peng~menjadi pelajar pertama memberi komen kepada isu yang cikgu kemukakan. Wei Peng menyokong Facebook. (Sila lihat komen Wei Peng sepenuhnya di post berkaitan).
Anda boleh menyokong ataupun tidak bersetuju dengan pendapat Wei Peng. Sila berikan keburukan Facebook untuk menyanggah pendapat Wei Peng. Selamat Berhujah.




PERLEMBAGAAN : HAK ASASI

Pelajar-pelajar PU1B1, B2 dan B3 telah mempelajari Hak Asasi semasa kuliah bersama cikgu pagi tadi. Antara hak anda ialah berkaitan jika anda ditahan polis. Ini ada sedikit panduan untuk menambah maklumat perbincangan kita dalam kelas pagi tadi.

MANA PALING POPULAR - MENGAPA?






Laman web sosial seperti FACEBOOK, FRIENDSTER, TAGGED dan TWITTER merupakan laman web sosial yang 'wajib' dimiliki sama ada pelajar sekolah menengah mahupun mahasiswa/wi. Mari kita berikan pendapat dan sokongan terhadap kelebihan setiap lama web sosial tersebut. Anda berani beri pendapat? Silakan...

FACEBOOK DIHARAMKAN DI INDONESIA - Beri Pendapat Anda

JAKARTA - Indonesia yang majoritinya penduduk beragama Islam dipercayai mempunyai jumlah masjid yang melebihi jumlah pusat kafe siber.Sehubungan itu, ulama Islam mereka turut turun padang bagi menangani masalah laman komuniti Facebook yang semakin bertambah.Media melaporkan penduduk Islam di Indonesia dikejutkan selepas mesyuarat Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang diadakan di Jawa dan Bali baru-baru ini mengeluarkan fatwa berhubung laman Facebook.
Ia mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan laman itu.Ulama-ulama berhujah bahawa laman itu membolehkan perhubungan antara berlainan jantina dilakukan dengan mereka bebas berbual, membuka pintu ke arah kelakuan tidak senonoh, gambar lucah, perzinaan dan seks sebelum berkahwin.
“Facebook seperti magnet yang menarik orang ramai bagi menyertai laman web komuniti itu,” kata salah seorang ulama yang menyertai mesyuarat tersebut, Abdul Muid Sohib.“Kebanyakan mereka menggunakannya untuk berbual namun Islam melarang hubungan bebas antara lelaki dan perempuan bukan sahaja menerusi pertemuan bersemuka tetapi termasuk di Facebook kerana ia boleh mendorong perlakuan seks.
“Kami semua tahu bahawa sesetengah pengguna Facebook kebiasaannya menjadikan laman web itu sebagai tempat mereka untuk menawarkan pelacuran,” katanya.Puluhan ribu penduduk Indonesia mengkritik pandangan ulama itu.Seorang pelajar yang beragama Islam, Niken Valentina menyatakan penggunaan laman itu bergantung kepada niat seseorang.“Ia semua bergantung kepada sikap seseorang yang menggunakannya,” kata Niken yang berumur 19 tahun.“Jika anda mahu mencari bahan-bahan lucah dan bermain cinta, anda boleh menggunakan enjin carian Google, bukan sahaja Facebook,” katanya.
Seorang pengguna Facebook, Intan Ruwaidah berkata, pandangan ulama itu menunjukkan kebanyakan golongan agama tidak mengikuti perkembangan zaman.“Jika ulama itu menganggap Facebook merupakan tempat untuk bermain cinta, ia menunjukkan mereka tidak mempunyai idea apakah yang mereka perlu haramkan,” katanya. - AFP

Kepada pelajar-pelajar sekalian, sila beri pendapat anda di komen.

Wednesday, September 9, 2009

BANNER BLOG PENGAJIAN AM

Pada petang hari ini Rabu 09.09.09 cikgu telah berjaya membuat banner untuk blog Pengajian Am. Banner ini akan berubah mengikut situasi dan rakaman wajah anda akan cikgu gunakan di banner yang akan datang. Doakan semoga blog ini menjadi pilihan ramai calon STPM.

Tuesday, September 8, 2009

DASAR BIOTEKNOLOGI NEGARA

Inisiatif utama Dasar Bioteknologi Negara. Anda boleh dapatkan 9 Inisiatif utama Dasar Bioteknologi Negara DI SINI.

Dasar Bioteknologi Negara

LAPORAN PARLIMEN KESEBELAS 25 April 2005

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh [Gopeng] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:-
(a) bilakah Kerajaan akan melaksanakan Dasar Bioteknologi Negara; dan
(b) apakah insentif yang akan diberikan oleh kerajaan untuk menggalak dan memperhebatkan aktiviti R&D bioteknologi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Dato’ Kong Cho Ha]:
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengadakan konvensyen bio Malaysia 2005 pada 28 hingga 30 hari bulan April 2005 di pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan merasmikan bio Malaysia, pada pagi 28 April, iaitu hari Khamis ini.
Pada masa yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan melancarkan dan mengumumkan dasar bio-teknologi negara dan bersama dengan bio-Malaysia akan juga diadakan pameran oleh industri-industri bio-teknologi di negara kita dan hasil-hasil penyelidikan dalam bidang bio-teknologi oleh pusat-pusat penyelidikan negara kita dan juga hasil penyelidikan dari institusi pengajian tinggi negara kita. Negara kita akan memberi keutamaan dalam sektor bio-teknologi yang berikut iaitu:
(i) Agriculture bio-teknologi adalah kerana kekuatan kita selama ini dalam bidang pertanian dan perladangan dan kita nampak banyak pengeluaran, value added products dengan izin dan down stream industry dapat diwujudkan di bidang agro-bioteknologi.
(ii) Health-care bio-teknologi - kerana negara kita adalah di antara negara-negara yang most bio-divesified di dunia ini dan semua kaum di negara kita mempunyai ubat-ubat herba tradisional masing-masing dan oleh itu banyak penyelidikan boleh dijalankan di bidang health care bio-technology.
(iii) Industri bio-teknologi - Negara kita mempunyai kemudahan dan prasarana yang baik untuk menjalankan industri bio-teknologi. Kita juga mempunyai sumber asli yang kaya dan kita dapat mereka nilai dari sumber-sumber asli yang ada dan juga kita dapat menawarkan kemudahan kita untuk clinical trail, contract manufacturing dan pengeluaran ubat-ubat generic pada masa yang akan datang.

Untuk bahagian (b), semua insentif galakan pelaburan serta pembangunan komprehensif membabitkan R & D bio-teknologi yang akan merangkumi insentif-insentif yang sedia ada seperti pioneer status, tabung penyelidikan, potongan cukai dan insentif-insentif ini distrukturkan mengikut model MDC yang ada sekarang.Pembangunan knowledge infrastructure akan diberi keutamaan dalam insentif-insentif pembangunan industri bio-teknologi seperti menguatkuasakan undang-undang harta intelek, pembangunan sumber manusia atau knowledge workers dan collaboration di antara saintis-saintis antarabangsa dan semua insentif-insentif ini juga akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada 28 April 2005.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI JOHOR

Jadual Peperiksaan untuk Pengajian Am







PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI JOHOR

Pelajar-pelajar Pra U 2 telah berjaya menduduki Peperiksaan Percubaan STPM Negeri Johor untuk kertas Pengajian Am. Pada hari Jumaat 4 Sept 2009 (Kertas 2) dan hari Isnin 7 Sept 2009 (Kertas 1). Cikgu sedang sibuk menanda kedua-dua kertas tersebut. Ramai pelajar Pra U 1 inginkan Kertas percubaan tersebut. Cikgu akan masukkan ke dalam blog ini pada hari Sabtu 12 Sept 2009. Tunggu !!

Monday, September 7, 2009

JADUAL PERANCANGAN KERJA KOLOKIUM 2009

Pelajar-pelajar boleh dapatkan Jadual Perancangan Kerja Kolokium 2009 di link Kolokium. Semoga pelajar dapat ikuti jadual yang telah dirancang tersebut.

PERANAN SENI DALAM MASYARAKAT

Terima kasih kepada pelajar yang inginkan nota kuliah yang cikgu ajar sebelum cuti sekolah lalu. Peranan seni dalam masyarakat ada banyak tetapi di dalam nota ini cikgu cuma beri tumpuan kepada Seni Sastera, Seni Muzik dan Seni Filem.


Saturday, September 5, 2009

SENARAI NAMA KUMPULAN KOLOKIUM

Selamat bercuti dan belajar. Waktu cuti Sabtu dan Ahad ini anda perlu isikan dengan aktiviti berfaedah seperti melayari blog Pengajian Am ini. Pelajar-pelajar Pra U2 sedang pening kepala kerana menduduki Peperiksaan Percubaan Setara Negeri Johor mulai hari Jumaat 4 Sept 2009 hingga hari Rabu 16 Sept 2009. Selamat menjawab

Pelajar-pelajar PraU1 boleh mendapatkan senarai nama kumpulan kolokium di link kolokium mulai hari ini.

Tuesday, September 1, 2009

TERIMA KASIH KPD PELAJAR-PELAJAR PU1F3 & PU2B2

Terima kasih kepada anda kerana memberi sokongan padu kepada cikgu untuk menjadikan blog ini sumber maklumat Pengajian Am. Sokongan anda sangat menggembirakan hati cikgu. Terima kasih kerana terus memberi sokongan dengan membuat kerja rumah di dalam blog ini. Bukan mudah untuk cikgu membina blog ini tanpa sokongan anda. Terima kasih cikgu khas buat Wei Peng, Wan Jun, Sharmini, Nurfidiana Ramli, Pavitra, Johnson Yen, Sjtew, Youquan, Oneforall22, Flynn91, Seyen, Absurdities, Sky, Ley Cloudyuno130, Mei Xuan, Xueqi, The Pope dan Fang. Tidak lupa juga kepada trio Chamil, Zulhelmiee dan Muhammad Naqiuddin.

Terima kasih juga kepada yang memberi komen kepada cikgu iaitu Kumar, Jessie (Bukan Pelajar STK) dan Carolyn (Sarawak). Komen anda akan membuat cikgu lebih bersemangat untuk memberi kerja rumah dan nota di dalam blog cikgu ini.
Semoga usaha cikgu dan sokongan anda menjadikan blog ini menjadi pilihan ramai.

TERIMA KASIH !!

Sunday, August 30, 2009

1MALAYSIA WUJUD RAKYAT PELBAGAI ETNIK BERFIKIR DAN BERTINDAK SEBAGAI SATU BANGSA

Perdana Menteri berkata: "Bukan senang penjajah hendak lepaskan negara yang dijajah… tetapi bila rakyat Malaysia datang dengan bersatu, pada masa itu tak ada 1Malaysia … mereka datang dengan satu komitmen ke arah satu Malaysia atau satu Malaya, maka kita telah mencapai kemerdekaan,"

Rencana selanjutnya di komentar

SEJAUH MANA KITA MERDEKA?

Hari ini 31 Ogos 2009 kita menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara kita ke 52. Sejauh mana kita menghayati kemerdekaan yang kita kecapi selama ini? Sejauh mana kita menghargai usaha penat lelah nenek moyang kita untuk mencapai kemerdekaan?

Ulasan lanjut lihat komen di bawah.

Saturday, August 29, 2009

MAJLIS HARGA NEGARA (MHN)

Penubuhan Majlis Harga Negara (MHN)
Penubuhan Majlis Harga Negara (MHN) dilihat sebagai satu lagi kesungguhan kerajaan untuk melindungi kepentingan masyarakat pengguna daripada terus-menerus menjadi mangsa manipulasi harga dan bekalan barangan. Bincangkan

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pelajar yang dikasihi. Apakah Pembangunan Modal Insan? Sejumlah RM18.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berbanding RM13.2 bilion pada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).

Peningkatan peruntukan ini menunjukkan komitmen kerajaan Barisan Nasional kepada sektor pendidikan tinggi negara selaras dengan iltizamnya memperkasakan pembangunan modal insan negara ini.

Maklumat lanjut... sila lihat komen di bawah.

RENUNGAN : MENGAPA PELAJAR LELAKI SEMAKIN PUPUS DI UNIVERSITI?

Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti dibangkitkan lagi.

Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?

Fenomena ini meresahkan banyak pihak termasuk pakar dalam dasar kepimpinan Prof Madya Dr Azahari Ismail yang ditemubual Bernama di Universiti Putra Malaysia (UPM).

MAKLUMAT LANJUT KLIK KOMEN DI BAWAH

MEMPERKASAKAN INDUSTRI PERTANIAN

Memperkasa Industri Pertanian Selepas Merdeka. Bidang pertanian adalah sangat penting kepada negara kita. Bagaimana cara untuk memperkasakan industri pertanian?

SOALAN DAN JAWAPAN : ISU ANTARABANGSA

CONTOH PERSOALAN : 1. Industri pelancongan negara mula mencatatkan pertumbuhan pesat sejak kerajaan memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia 1990. Sekali lagi Malaysia akan menjadi tumpuan pelancong pada 1994 kerana kerajaan telah melancarkan TMM 94. Kerajaan menganggarkan seramai tujuh juta pelancong akan melawat Malaysia pada 1994. Hal ini diususkan oleh Y.B. Datuk Sabaruddin Chik melalui Berita Harianpada 8 September 1993 di Kuala Lumpur.Sejauh manakah industri pelancongan ini dapat membawa kebaikan terhadap negara kita ?

Nota : Sila kunjungi blog Kertas 2 : Laras Sastera dan Sains kerana cikgu telah masukkan banyak contoh soalan dan jawapan.

SOALAN RAMALAN 2009

Ramai pelajar bertanyakan tentang soalan ramalan tahun ini. Cikgu cuba fikirkan dan senaraikan apa yang tersirat. Pelajar pun tahu bahawa ramalan bukannya betul-betul atau tepat. Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.

Kertas 2 : Laras Sastera

RAMALAN 1
Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di negara kita. Pelbagai jenis blog wujud di alam maya, ada blog yang cenderung kepada kebaikan dan tidak kurang pula yang membawa kepada keburukan. Bincangkan kebaikan dan keburukan kewujudan blog dalam konteks negara kita Malaysia.

RAMALAN 2
Masalah sosial yang paling kritikal dan hangat diperkatakan ialah masalah keganasan rumah tangga. Bincangkan punca-punca berlakunya masalah.

Kertas 2 : Laras Sains

RAMALAN 1
Barah payu dara bagaikan pembunuh nombor satu wanita pada abad ini. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penyakit berbahaya ini.

RAMALAN 2
Malaysia merupakan antara sebuah negara membangun yang berjaya melaksanakan misi penerokaan angkasa lepas. Pada pendapat anda, apakah kepentingan misi ini kepada negara kita.

SOALAN JOHNSON

Johnson PU1F3 : Cikgu...apakah maksud meritokrasi dalam konsep 1 Malaysia? (Petikan Soalan daripada Ruangan Jom Borak Pasal PA)

Terima kasih kepada Johnson PU1F3.

Jawapan Cikgu

7.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

Friday, August 28, 2009

NOTA TERKINI

Pelajar yang dikasihi sekalian. Cikgu telah mengemaskini nota Kertas 2 Bahagian E. Panduan untuk menjawab Bahagian E iaitu Jadual dan Graf Bar telah cikgu masukkan ke blog tersebut. Begitu juga di Kertas 2 Laras Sains dan Sastera. Cikgu telah menyenaraikan contoh-contoh soalan esei dari tahun 2005 hingga 2008. Cikgu juga telah memasukkan panduan menjawab Kertas 2 Bahagian C (Pemahaman). Sila klik paduan bahagian-bahagian tersebut.

Thursday, August 27, 2009

KONSEP 1 MALAYSIA

Ramai pelajar menulis kepada cikgu bertanyakan mengenai konsep Satu Malaysia. Rata-rata tidak memahami konsep ini.
Terdapat 8 nilai dalam Satu Malaysia iaitu :
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Untuk maklumat lanjut, sila klik di link ini . SATU MALAYSIA

Tuesday, August 25, 2009

KERJA RUMAH WAKTU CUTI SEKOLAH

Pelajar-pelajar sekalian. Cikgu ucapkan tahniah kepada beberapa orang pelajar yang mula membuat dan menjawab kerja rumah di dalam blog ini. Semua kerja rumah perlu dijawab di dalam bolg ini kecuali Kerja Rumah 6 iaitu melukis graf. Semua kerja rumah telah cikgu upload kan di sini.

Sunday, August 23, 2009

KERJA RUMAH 1 UNTUK PELAJAR PU2B2 & PU1F3

Pelajar-pelajar sekalian. Anda boleh mula menjawab soalan Kerja Rumah 1 (Kenegaraan) mulai hari ini. Anda perlu klik link Kerja Rumah di Blog List di sebelah.

Perhatian :
Kerja Rumah 2 (Laras Sastera) pada hari Selasa 25 Ogos 2009.

DASAR DALAM NEGARA MALAYSIA

Dasar-dasar Kerajaan
1. Kebanyakan dasar dalam negara dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan
2. Ia diperhalus di peringkat kabinet dan boleh dibahaskan di Parlimen
3. Dasar-dasar kerajaan meliputi dasar ekonomi, dasar sosial dan kemasyarakatan serta dasar-dasar pentadbiran
4. Matlamat pembentukan dasar-dasar kerajaan adalah untuk:
a) Membantu kerajaan menyediakan pelan pembangunan negara
b) Menentukan hala tuju kerajaan yang memerintah
c) Memberikan kemudahan kepada rakyat
d) Menghadapi sesuatu masalah negara
5. Dasar kerajaan yang baik akan memberi impak positif kepada rakyat dan sebaliknya pelaksanaan dasar yang lemah boleh mendatangkan kesan yang negatif

Antara dasar-dasar kerajaan adalah:
  • Dasar Ekonomi Baru
  • Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
  • Dasar Pertanian Negara
  • Dasar Penswastaan
  • Dasar Perindustrian Berat Negara
  • Dasar Pensyarikatan Malaysia
  • Dasar Automotif Nasional
  • Dasar Sains dan Teknologi Negara
  • Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran
  • Dasar Sogososha
  • Dasar Sosial Negara
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Dasar Bioteknologi Negara
  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Dasar Bersih Cekap dan Amanah
  • Dasar ICT Negara
  • Dasar Kependudukan
  • Dasar Pandang Ke Timur
  • Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
  • Dasar Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam
  • Dasar Warga Tua Kebangsaan
  • Wawasan 2020
  • Pelan Induk Perindustrian

DASAR LUAR MALAYSIA ERA TUNKU ABDUL RAHMAN

"Dalam esei ini, akan membincangkan dasar luar Malaysia pada era pentadbiran Tunku Abdul Rahman dari tahun 1950 sehingga tahun 1970. Fokus perbincangan tertumpu kepada pengamalan dasar pro-barat dan anti komunis negara kita pada era itu. Penulis akan cuba untuk mengupas rasional terhadap dasar luar yang memihak itu dan sejauh manakah ia berjaya menyumbang kepada kestabilan negara khususnya sehingga 1970."
Nota Dasar Luar Malaysia Era Tunku Abdul Rahman

DASAR LUAR MALAYSIA

Konsep Dasar Luar
1. Dasar luar ialah polisi yang digunakan oleh sesebuah negara apabila berinteraksi denga negara lain di dunia.
2. Dasar luar Malaysia biasanya ditentukan oleh Perdana Menteri dengan bantuan Jemaah Menteri Kementerian Luar Negeri yang dipertanggungjawabkan mengurus hubungan luar negeri. Peranan itu dilaksanakan oleh Wisma Putra

Faktor-Faktor Mempengaruhi Pembentukan Dasar Luar
1. Kepentingan nasional
2. Faktor geografi yang strategik
3. Faktor sejarah dan budaya
4. Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
5. Faktor kepimpinan
6. Dasar berkecuali
7. Agama Islam / Keanggotaan OIC

Masalah-masalah Dalam Hubungan Luar
1. Campur tangan luar
2. Pendekatan berbeza
3. Pendatang asing negara jiran
4. Tiada penyelarasan
5. Tuntutan bertindih
6. Perbezaan kemajuan
7. Tindakan unilateral
8. Ketegangan politik

Tahap-tahap Dasar Luar Malaysia
Tahap 1 : Pimpinan Tunku Abdul Rahman (1957-69)
Tahap 2 : Pimpinan Tun Abdul Razak
Tahap 3 : Pimpinan Tun Hussein Onn
Tahap 4 : Pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
Tahap 5 : Pimpinan Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi (2003 - 2009)
Tahap 6 : Pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak (2009 hingga kini)

Pendirian Malaysia dalam Beberapa Isu Antarabangsa (1957-kini)
1. Keganasan Antarabangsa
2. Masalah Myanmar
3. Masalah Kemboja

Isu-Isu Antarabangsa
1. Isu Alam Sekitar
2. Isu Antartika
3. Isu Aparteid
4. Isu Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

Hubungan Antarabangsa Malaysia
1. Hubungan Malaysia dengan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam Sedunia (OIC)
2. Hubungan Serantau Asia Tenggara

Bentuk Kerjasama Dalam ASEAN
1. Kerjasama Politik
2. Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPAN)(1971)
3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) (1987)
4. Forum Serantau ASEAN (ARF) (1994)
5. Kerjasama dalam Ekonomi

Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Hubungan Malaysia - Komanwel

Malaysia dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Isu-isu Ekonomi Antarabangsa
1. Isu-isu Ekonomi Negara Selatan-Selatan
2. Dialog Utara-Selatan
3. Kumpulan 15 (G15)
4. Dialog Selatan-Selatan
5. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
6. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
7. APEC (Asia Pacific Economic Caucus)

Sila Download
Nota Dasar Luar Negara

Saturday, August 22, 2009

KERJA RUMAH WAKTU CUTI SEKOLAH

Selamat Bercuti kepada semua pelajar cikgu. Sepanjang percutian ini cikgu harap anda semua akan terus belajar. Berikut adalah kerja rumah secara individu yang perlu anda laksanakan. Sila klik di link kerja rumah (MY BLOGS LIST) untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Untuk menjawab kerja rumah, anda perlu klik "Jawapan Pelajar" di bawah soalan yang cikgu postkan. Soalan-soalan boleh anda jawab mulai hari Isnin 24 Ogos 2009. Selamat menjawab.

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA & SALAM RAMADAN

Cikgu ucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan kepada semua pelajar cikgu yang beragama Islam terutamanya kepada Syamil, Naqiudin, Helmi, Husna, Aznizal, Diana, Ahmad Danial, Rozana dan yang tidak disebut di sini serta kepada guru-guru Pra U yang beragama Islam. Selamat Berpuasa!


SALAM RAMADHAN Al-KAREEM

“ Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Rezeki, Bulan Beramal “
” Wahai Orang-Orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu berpuasa seperti yang telah diperintahkan kepada umat terdahulu. Mudah-Mudahan kamu bertaqwa”

SELAMAT BERCUTI

Cikgu ucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar mulai hari Sabtu 22 Ogos 2009 hingga Isnin 31 Ogos 2009. Namun begitu anda perlu menyiapkan kerja rumah sewaktu cuti. Kerja rumah akan cikgu paparkan pada hari Isnin 24 Ogos 2009. Semua kerja secara individu.

PERANAN SENI DALAM MASYARAKAT

Pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 - Pelajar-pelajar PraU1B1, B2 dan B3 akan mempelajari Peranan Seni dalam Masyarakat. Bidang seni yang akan dibincangkan ialah Seni Sastera, Seni Muzik dan Seni Filem. Berikut adalah beberapa petikan bahan kuliah. Bahan kuliah sepenuhnya boleh didownload dengan klik link yang diberikan di bawah.

"MUZIK sememangnya berpengaruh besar dalam kehidupan. Kehebatan muzik menerusi iramanya yang mesra dan syahdu, dapat menerobos sempadan bangsa, budaya dan bahasa. Malah tidak salah untuk dikatakan muzik sudah lama menjadi medium atau perantara berkesan menyatupadukan masyarakat di seluruh dunia."

"Peranan dan fungsi Filem Negara sejak dua dekad kebelakangan ini tidaklah begitu menonjol, lebih-lebih lagi dengan kemunculan stesen TV dan radio swasta. Apabila Kementerian Penerangan menaungi Filem Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kedua-dua agensi ini pernah dilihat sebagai bergerak agak seiringan. Ketika Finas berperanan sebagai pentadbir segala aktiviti perfileman tanah air, Filem Negara pula menjadi institusi yang mampu menerbitkan filemnya sendiri. "


Kata Sasterawan Negara, Dato’ Shahnon Ahmad, sastera ialah seismograf kehidupan. Apa itu seismograf? Menurut Kamus Dewan, seismograf ialah alat bagi mengukur kekuatan gempa bumi. Jadi, mengapa perkataan seismograf dipilih? Itu makna yang bersifat literal ataupun harafiah. Seismograf dalam erti kata lain ialah kayu ukur ataupun penyukat kepada kehidupan.


Sila download bahan kuliah di sini.

Monday, August 17, 2009

BAHAGIAN E : MERUMUS MEDIA (GRAF BAR)

Pada hari Selasa, 18 Ogos 2009 pelajar PraU2B2 akan mempelajari Bahagian E iaitu merumus media. Pelajar akan belajar cara merumus graf bar. Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat menghuraikan graf kompaun mengikut kaedah yang betul.

TIPS MENJAWAB SOALAN
1. Pelajar hendaklah memahami graf bar yang diberikan sama ada graf bar kompaun atau komponen dll. Sila perhatikan pemboleh ubah yang dituliskan pada tajuk graf bar. Tulis "Graf bar ini menunjukkan... (sila rujuk tajuk sebagai asas). Kemudian pelajar harus menyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang dinyatakan. Pelajar harus memberikan nilai mutlak dan peratus.

2. Pelajar seharusnya menyatakan sekurang-kurangnya 4 isi. Perubahan secara mendatar iaitu perubahan mengikut tahun perlulah diterangkan terlebih dahulu. Pelajar perlu menghuraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan. Seterusnya pelajar perlu memberi alasan punca yang menyebabkan perubahan data tersebut. Punca atau sebab tersebut perlulah mengikut kehendak soalan.

3. Pelajar seterusnya menyatakan perbandingan secara menegak iaitu mengikut tahun-tahun yang dipilih. Pelajar boleh pilih pemboleh ubah yang paling tinggi dan juga yang paling rendah. Berikan huraian dan hujah berkaitan nilai mutlak dan peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan.

Perhatian : Sila asingkan perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan dengan perenggan analisis data (jika soalan meminta pandangan pelajar)

TIPS CARA MENGINTERPRESTASI DATA
1. Pelajar perlu mengenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat di dalam graf bar
2. Lihat nilai skala pada paksi menegak graf bar untuk dapatkan data bagi pemboleh ubah.
3. Kenal pasti unit kuantiti pemboleh ubah.
4. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk baru pemboleh ubah tersebut.
5. Sila perhatikan sebarang catatan tambahan @ nota kaki. Jika terdapat data anggaran, perkataan anggaran perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.

CONTOH RANGKA JAWAPAN
Pendahuluan
Graf bar ini menunjukkan ...... tahun.. hingga tahun... Secara keseluruhannya, jumlah ....

Isi dan huraian












Kesimpulan
Kebanyakan keluaran ......
SELAMAT BELAJAR

Wednesday, August 12, 2009

KENALI SELESEMA BABI

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Selesema Babi semakin merebak. Mari kita kenali Selesema Babi semoga kita sama-sama dapat menghindarinya.

1. Apakah Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi)

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?
Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus AvianInfluenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus SwineInfluenza (Selesema Babi). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant). Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia. Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?
Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.
Video berkaitan Selesema Babi

video

TERIMA KASIH YDP PIBG STK!

Hari ini, Rabu 12 Ogos 2009, cikgu rasa begitu terharu dan gembira kerana blog cikgu mendapat "followers" terbaru. Followers tersebut ialah En. Ismail bin Yon, Yang DiPertua PIBG STK. Semoga beliau dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru terus memberi sokongan kepada Blog Pengajian Am STK.

MASIHKAN ANDA INGAT?

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Masihkah anda ingat dengan ungkapan “Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.......”. Ungkapan tersebut telah cikgu terangkan semasa Kuliah pada hari Jumaat 7 Ogos 2009. Anda boleh dapatkan persembahan powerpoint tersebut di blog ini.

Anda pasti ingat bahawa cikgu ada jelaskan bahawa ungkapan tersebut adalah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosakkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang.


Saturday, August 8, 2009

KOLOKIUM & PENYELIDIKAN PRA U 1

Pelajar-pelajar Pra U 1 dikehendaki memikirkan dan memilih tajuk untuk penyelidikan. Hasil penyelidikan akan dibentangkan dalam Kolokium Tingkatan 6 pada bulan Oktober 2009. Setiap pelajar akan diberikan seorang guru pembimbing. Seorang guru pembimbing akan membimbing seramai 5 - 7 orang pelajar. Tema penyelidikan akan diberikan dan pelajar akan memilih tajuk berdasarkan tema tersebut.

Thursday, August 6, 2009

JADUAL PERCUBAAN STPM NEGERI JOHOR

Dua minggu lagi kita akan bercuti. Cikgu harap para pelajar dapat mengulangkaji pelajaran kerana apabila anda naik sekolah, anda akan menghadapi Peperiksaan Percubaan Negeri Johor. Berikut adalah jadual peperiksaan percubaan tersebut.

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI JOHOR (Sila Download)

SKEMA PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN PENGAJIAN AM

Minggu ini cikgu sibuk menanda Kertas 1 dan Kertas 2. Ramai pelajar inginkan skema jawapan Peperiksaan Pra Percubaan Pengajian Am. Anda boleh dapatkan di sini.

Wednesday, July 29, 2009

KULIAH PRA U B1, B2, B3

Mulai awal Ogos 2009, Cikgu Razali akan mengambil alih kelas kuliah PraU1 B1, B2, B3 daripada Puan Salbiah. Minggu pertama ini, cikgu akan memberi kuliah berkaitan " Kesan Pencemaran Industri". Semoga semua pelajar akan bersedia.

Kuliah telah pun cikgu berikan pada pagi Jumaat yang lalu. Sebagaimana yang dijanjikan, di sini cikgu uploadkan bahan powerpoint untuk rujukan anda semua.

Powerpoint Kesan Pencemaran Industri

Sunday, July 26, 2009

PENILAIAN KURIKULUM 1 DAN PRA PERCUBAAN STPM

Minggu ini mulai 27 Julai 2009 - pelajar Pra U 2 akan menduduki Peperiksaan Pra Percubaan STPM dan pelajar Pra U 1 akan menghadapi Penilaian Kurikulum 1. Oleh itu, pelajar-pelajar boleh membuat ulangkaji berkaitan perkara-perkara yang cikgu nyatakan di bawah.

Penilaian Kurikulum 1 (Pra U 1)
Kertas 1 : Kenegaraan
Jenayah Perang
Bencana Alam
Membina Jadual

Peperiksaan Pra Percubaan STPM (Pra U 2)
Kertas 1 : Kenegaraan
Graf Gabungan

Selamat Menduduki Peperiksaan

Friday, July 24, 2009

PETUA 3 : STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN B

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B

Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah seorang GURU CEMERLANG Pengajian Am di Bahagian Kuching Sarawak dan strategi ini dinamakan RUMUS ICU.
Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang calon yang matang dari segi pengolahan idea dan juga huraian. Setiap idea dan huraian menunjukkan kematangan yang tinggi dan boleh membuat hubung kait diantara idea dan huraian. Oleh itu RMUS ICU diperkenalkan oleh beliau.
RUMUS ICU
I
IDEA UTAMA
Permulaan perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di dalam Pengajian Am jumlah perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka wajar pelajar menggunakan sepenuhnya jumlah perkataan.
Idea Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting agar idea utama ini tidak berulang semula dalam idea-idea yang lain.
ISI LANJUTAN.
Isi lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan idea utama. Memadai dinyatakan dalam satu ayat sahaja .
C
CONTOH
Ayat yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea yang dinyatakan. Contoh tersebut tidak semestinya bermula dengan perkataan contohnya…..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan menjejaskan penulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan tambahan yang kuat dan kukuh bagi penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar yang tinggi.
U
ULASAN
Ayat terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat ulasan terhadap idea dinyatakan. Ulasan ini boleh dalam bentuk cadangan, pendapat atau huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan.
Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan karangan yang baik. Di mana dalam setiap perenggan pelajar dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5-6 ayat. Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.

Contoh penggunaan RUMUS ICU.
Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)
Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.
Kesan negatif – 1. Menjadi punca pelbagai masalah sosial.
Rumus
Idea/Huraian
Catatan
I
Idea Utama
Idea Lanjutan
Salah satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai adalah menimbulkan pelbagai masalah sosial.
Ramai pihak akan mengambil kesempatan jika kawasan perumahan dibiarkan terbiar.
C
Contoh
Masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah, seks rambang dan juga jenayah kecurian akan berlaku di kawasan ini.
U
Ulasan
Akibatnya, gejala ini akan merosakkan sistem sosial masyarakat setempat jika tidak diatasi.

Thursday, July 23, 2009

PETUA 2 : GRAF GARIS @ BAR ?

Ramai pelajar bingung untuk menentukan soalan yang diberi sama ada berkaitan graf garis atau graf bar. Bagaimana kita hendak membezakan soalan tersebut berkaitan dengan graf garis atau bar? Bagaimana pula hendak membezakan bar komponen atau kompoun? Lihat kartun di bawah.


PRINSIP 5 JARI

Hari ini 23 Julai 2009 pelajar PU1F1 membentangkan tugasan secara peta minda. Tema minggu ini ialah Pekerja Asing. Ingat tak cikgu ada tegaskan prinsip 5 jari? Semoga prinsip 5 jari akan diamalkan oleh semua pelajar.

Pastikan anda mempunyai idea dalam baris pertama perenggan isi. Ayat untuk huraian janganlah sesuatu yang pendek atau terlalu ringkas menyebabkan ia seolah-olah tergantung. Contoh boleh diberi pada mana-mana huraian. Contoh haruslah tepat atau spesifik. Panjang perenggan yang ideal adalah antara 50-60 patah perkataan. Ingat! Kata berganda dan kata nama dikira sebagai 1.
Contoh: Universiti Putra Malaysia (dikira sebagai 1 bukannya 3)
Contoh: rama-rama( dikira sebagai 1 bukannya 2)

Wednesday, July 22, 2009

PETUA 1


SOALAN :
Bila cikgu tanya pelajar, “kenapa kamu tak jawab Bahagian B ni?”Pelajar jawab ‘tidak cukup masa’. Kenapa pelajar tidak cukup masa ?.

JAWAPAN :
Kenapa ada di antara pelajar tidak cukup masa menjawab Pengajian Am terutamanya Kertas 2. Bagi cikgu ada beberapa perkara pelajar perlu beri perhatian iaitu:

Pelajar tidak merancang masa menjawab soalan. Oleh itu pelajar tidak cukup masa untuk menjawab soalan lain.
Cadangan cikgu pelajar rancang masa dengan sebaiknya. Cuba latih semasa membuat latihan atau ulangkaji dengan peruntukan masa yang betul. Disini cikgu cadangkan masa yang harus pelajar peruntukan.

-BAHAGIAN A - 25 MARKAH - 35 MINIT
-BAHAGIAN B - 25 MARKAH - 35 MINIT
-BAHAGIAN C - 20 MARKAH - 20 MINIT
-BAHAGIAN D - 15 MARKAH - 50 MINIT
-BAHAGIAN E - 15 MARKAH - 40 MINIT

2. Sebab yang kedua adalah pelajar lebih suka menjawab Bahagian D dahulu berbanding bahagian lain.
Cadangan cikgu pelajar haruslah mengetahui pembahagian markah dengan lebih jelas. Bahagian D Cuma 15 markah tetapi masa yang diperlukan agak lama. Bagi sesetengah pelajar yang kurang berminat bermain dengan angka, bahagian D ini melambatkan kerja mereka. Oleh itu beri tumpuan mengikut susunan Bahagian.

3. Faktor yang ketiga adalah diri pelajar itu sendiri yang tidak berusaha untuk menyiapkan ujian dengan cepat. Maksudnya pelajar kena melatih diri menulis dan berfikir dengan cepat. Ini penting, kerana jika ada baki masa pelajar boleh gunakan untuk menyemak dan membuat pembetulan ujian anda.


KERTAS 2 : PENGENALAN

Kertas Pengajian Am 900/2 mengandungi 5 bahagian. Setiap bahagian mempunyai markah berlainan iaitu:

Bahagian A - 25 markah
Bahagian B - 25 markah
Bahagian D - 20 markah
Bahagian D - 15 markah
Bahagian E - 15 markah

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN STPM

Mulai 27 Julai 2009, pelajar Pra U 2 akan menduduki Peperiksaan Pra Percubaan STPM. Pelajar-pelajar Pra U 1 pula akan menduduki Penilaian Kurikulum (PK) 1. Cikgu harap pelajar-pelajar dapat memberi tumpuan dan membuat ulangkaji kepada perkara-perkara yang cikgu senaraikan di bawah.

Peperiksaan Pra Percubaan STPM
Kenegaraan


Penilaian Kurikulum (PK) 1

Friday, July 17, 2009

KAJIAN BERKAITAN PENGAJIAN AM STPM

Cikgu harap pelajar-pelajar dapat membaca kajian yang telah dibuat khas untuk Pengajian Am STPM.

1. Kajian Pencapaian Pengajian Am STPM

Thursday, July 16, 2009

LAWATAN PENANDA ARAS DARI KOTA TINGGI

Hari ini 16 Julai 2009, jam 10.30 am - Pra U Sekolah Tinggi Kluang telah menerima seramai 27 orang tetamu dari Daerah Kota Tinggi iaitu Wakil PPD KT, Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Guru Kanan. Tujuan lawatan adalah untuk melihat situasi sebenar Tingkatan 6 yang akan dilaksanakan. Terima kasih kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah Tingkatan 6 yang sama-sama meraikan kehadiran mereka.

Wednesday, July 15, 2009

DASAR LUAR MALAYSIA

Bulan ini kita akan mulai mempelajari Dasar Luar Malaysia yang meliputi 20 soalan Pengajian Am 900 kertas 1. Semoga bahan-bahan yang disediakan di sini menjadi rujukan anda semua.
1. Antartika

Monday, July 13, 2009

PENYELIDIKAN PELAJAR PRA U

Wahai pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian. Penyelidikan merupakan satu tugas yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar serta guru-guru tingkatan 6. Setiap minggu, 2 masa diperuntukan untuk membuat penyelidikan. Berikut adalah contoh dan panduan untuk membuat proposal penyelidikan.

1. Meningkatkan kemahiran melakar graf untuk pelajar Pra U

Sunday, July 12, 2009

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN STPM

Pada 27 Julai 2009, pelajar-pelajar akan menghadapi Peperiksaan Pra Percubaan STPM. Untuk soalan kertas 1, anda perlu peka kepada isu semasa, dasar luar dan dalam negara.

KOLOKIUM

Pelajar-pelajar Pra U 1 akan diwajibkan menyertai kolokium peringkat sekolah. Berikut adalah bahan-bahan kolokium yang telah dibentangkan dalam kolokium tersebut.

1. Pra U lebih cemerlang daripada Matrikulasi ?
2. Pengangguran Siswazah

Wednesday, July 8, 2009

SIAPA BERJAYA BINA JADUAL DENGAN TEPAT?

Pagi ini kita akan membandingkan 4 jadual yang berjaya disiapkan oleh pelajar-pelajar PU1F3. Mereka ialah Yen Zhou Sheng, Lim Chen Hui, Hoe You Quan dan Tong Ming. Siapakah yang berjaya membina jadual dengan tepat? Mari kita bandingkan....


















PU1F1, PU1B1, PU1B2 dan PU1B3 - Selamat Datang

Mulai 13 Julai 2009, PU1F1, PU1B1, PU1B2 dan PU1B3 akan belajar bersama cikgu. Oleh itu cikgu ucapkan selamat datang dan akan bersama-sama cikgu memanfaatkan blog ini. Semoga anda semua dapat mencontohi kegigihan dan kerja keras yang pelajar-pelajar PU1F3 lakukan bersama cikgu.

Tuesday, July 7, 2009

JADUAL - Ciri-ciri Jadual Yang Cemerlang

Pengenalan
Jadual ialah penyusunan semula data dan maklumat statistik secara teratur dan sistematik. Jadual lazimnya terbahagi kepada 2 jenis iaitu jadual mudah dan jadual kompleks. Jadual mudah ini hanya terdiri daripada 3 aspek iaitu perkara, tahun dan jumlah. Jadual kompleks pula terdiri dari pelbagai aspek meliputi perkara, tahun, nilai mutlak, peratus, jumlah dan sebagainya.

MEMBINA JADUAL - Latihan Pra U 1 F3

Minggu ini anda dikehendaki membina jadual berdasarkan petikan yang diberi. Anda boleh menjawab mulai 8 Julai 2009.

LATIHAN 1 : MEMBINA JADUAL

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan satu jadual untuk menunjukkan jumlah peruntukan pembangunan kemudahan asas mengikut jenis bagi Rancangan Malaysia Kelima hingga Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah berusaha untuk menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik untuk keselesaan rakyat sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh UNESCO, Pertubuhan Bangsa­bangsa Bersatu, penduduk Malaysia merupakan golongan yang beruntung kerana kemudahan asas yang disediakan di negara ini adalah yang terbaik dalam kalangan negara ASEAN.

Di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5), kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM824 juta untuk pembangunan kemudahan asas. Daripada jumlah tersebut, peruntukan bagi bekalan elektrik ialah RM530.7 juta atau 64.41%. Ketika itu, kebanyakan penduduk luar bandar masih menggunakan lilin dan pelita pada waktu malam. Sementara itu, RM133.8 juta daripada jumlah peruntukan di bawah RMK-5 adalah untuk menyediakan kemudahan telekomunikasi di lokasi Yang strategik. Peruntukan selebihnya, iaitu 18.18% daripada jumlah peruntukan di bawah RMK-5, disalurkan bagi tujuan penyediaan bekalan air, manakala peruntukan bagi penyediaan telefon awam ialah RM9.7 juta.

Jumlah peruntukan bagi kemudahan asas telah meningkat kepada RM1071 .6 juta di bawah Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) dan terus meningkat di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) yang memperuntukkan RM1945.7 juta. Penambahan peruntukan ini bertujuan memperluas kemudahan asas ke kawasan luar bandar.

Di bawah RMK-6, bekalan elektrik mendapat peruntukan sebanyak RM634 juta berbanding dengan peruntukan sebanyak RM886.2 juta di bawah RMK­7. Kerja pembetungan telah mula dijalankan denganperuntukan sebanyak RM12.5 juta di bawah RMK-6. Kemudahan telekomunikasi pula menerima peruntukan sebanyak RM222.7 juta, manakala peruntukan kemudahan telefon awam ialah RM14.9 juta.

Di bawah RMK-7, kawasan kampung dan kawasan perumahan baru telah dibekalkan dengan kemudahan air dan telekomunikasi. Hal ini menyebabkan peruntukan bagi kemudahan telekomunikasi dan bekalan air meningkat, iaitu masing-masing kepada RM680 juta dan RM208.7 juta. Sementara itu, peruntukan bagi kerja pembetungan ialah RM49.8 juta, manakala peruntukan kemudahan telefon awam ialah RM121 juta.
Peruntukan bekalan air di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ialah RM392.4 juta berbanding dengan RM287.9 juta di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8). Peruntukan kemudahan telekomunikasi pula telah meningkat kepada RM759.5 juta, manakala peruntukan kemudahan telefon awam ialah RM140.4 juta di bawah RMK-8. Sementara itu, peruntukan bekalan elektrik pula ialah RM998.3 juta, manakala peruntukan bagi kerja pembetungan meningkat dengan ketara kepada RM199.8 juta.

Menjelang RMK-9, kerajaan mensasarkan peruntukan kemudahan bekalan elektrik dan air kepada semua rakyat. Oleh itu, di bawah RMK­9, peruntukan bekalan elektrik telah meningkat kepada RM1012.8 juta. Sementara itu, kerajaan memperuntukkan RM230.3 juta bagi kemudahan telefon awam, manakala peruntukan bagi kerja pembetungan ialah RM322.2 juta. Peruntukan kemudahan telekomunikasi pula meningkat sebanyak RM127.8 juta berbanding dengan RMK-8.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Anggaran Belanjawan 2006)

Sunday, July 5, 2009

SOALAN PEPERIKSAAN PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG

Ramai pelajar inginkan soalan-soalan peperiksaan untuk setiap ujian dan peperiksaan. Cikgu akan kumpulkan soalan-soalan tersebut mengikut jenis ujian dan peperiksaan.

PRA U 1
1. Penilaian Kurikulum 1 (Kertas 1)
2. Peperiksaan Akhir Tahun (Kertas 1)

PRA U 2
1. Penilaian Kurikulum 1 (Kertas 1)
2. Peperiksaan Pertengahan Tahun (Kertas 1)
3. Peperiksaan Pra Percubaan (Kertas 1)
4. Peperiksaan Percubaan STPM (Kertas 1)

Saturday, July 4, 2009

VIDEO TSUNAMI OLEH KUMPULAN 2

Tahniah kepada Kumpulan 2 yang telah berjaya mencari video berkaitan gempa bumi menyebabkan tsunami. Tahniah juga kepada Ketua Kumpulan 2, Caleb Sio yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Of Australia (tajaan JPA) mulai 5 Julai 2009. Cikgu doakan anda terus berjaya.


video

LATIHAN KENEGARAAN UNTUK PRA U 1

Pelajar-pelajar Pra U 1 boleh mendapatkan latihan-latihan (betulis) berkaitan kenegaraan di sini.

Latihan 1 : Konsep Kenegaraan
Latihan 2 : Perlembagaan Malaysia
Latihan 3 : Kewarganegaraan
Latihan 4 : Pelucutan Kewarganegaraan
Latihan 5 : Yang di Pertuan Agong
Latihan 6 : Penyelesaian Masalah 1
Latihan 7 : Majlis Raja-raja dan Suruhanjaya
Latihan 8 : Kabinet
Latihan 9 : Kementerian dan Badan Berkanun
Latihan 10 : Sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri

PEMBENTANGAN KUMPULAN (POWERPOINT) TUGASAN KE 2

Tugasan ke 2 untuk kumpulan PU1F3 ialah berkaitan laras sains. Setiap kumpulan dikehendaki membuat pembentangan semasa toturial. Tema bagi tugasan kedua ialah BENCANA ALAM. Berikut adalah hasil pembentangan powerpoint bagi setiap kumpulan.

Kumpulan 1 : Bencana Alam - Faktor Kecuaian Manusia

Kumpulan 2 : Bencana Alam - Kesan Gempa Bumi

Kumpulan 3 : Punca Bencana Alam

Kumpulan 4 : Bencana Alam : Kesan dan cara atasi jerebu

Friday, July 3, 2009

PEMBENTANGAN KUMPULAN (POWERPOINT) TUGASAN PERTAMA

Setiap kumpulan diwajibkan membuat pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint. Berikut adalah hasil pembentangan pelajar-pelajar. Tahniah kepada anda semua.

Tema : Jenayah Perang

Kumpulan 1 : Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Kumpulan 2 : Kesan Jenayah Perang - Mengapa peperangan masih terjadi?

Kumpulan 3 : Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah Perang

Kumpulan 4 : Kesan Perang kepada Kanak-kanak dan Wanita

VIDEO JENAYAH PERANG OLEH KUMPULAN 2

video

TUGASAN 1 - K4 : LARAS SASTERA - Jenayah Perang

Kumpulan 4 : PU1F3
Jenayah Perang : Kesan terhadap wanita dan kanak-kanak

TUGASAN 1 - K3 : LARAS SASTERA - Jenayah Perang

Kumpulan 3 : PU1F3
Jenayah perang sering berlaku apabila peperangan terjadi. Bincangkan jenayah perang tersebut dan langkah-langkah untuk menghindari berlakunya peperangan.

TUGASAN 1 - K2 : LARAS SASTERA - Jenayah Perang

Kumpulan 2 : PU1F3
Walaupun manusia semakin bertamadun,tetapi peperangan masih berlaku.Banyak pihak yang menjadi korban akibat perbuatan tersebut.Bincangkan

TUGASAN 1 - K1 : LARAS SASTERA - Jenayah Perang

Tugasan Kumpulan 1 : PU1F3
PBB kurang berperanan dalam menjalankan fungsi sebenarnya. Misalnya, dalam usaha menjamin keamanan dunia jelas menunjukkan kelemahannya. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Thursday, July 2, 2009

SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN AM STPM

Anda tidak tahu apa yang anda perlu pelajari di Tingkatan 6 bawah dan 6 atas? Dapatkan Sukatan Pelajaran Pengajian Am 900 di sini. (Sila klik link)

TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda bahawa Pengajian Am STPM mengandungi 2 kertas iaitu 900/1 dan 900/2. Biasanya ianya dinamakan kertas 1 dan kertas 2. Kertas 1 merupakan kertas soalan berbentuk objektif sebanyak 60 soalan. Manakala Kertas 2 pula mengandungi 5 bahagian soalan yang perlu dijawab dalam bentuk penulisan.


SELAMAT DATANG

Salam Perkenalan. Blog yang dicipta ini diharapkan menjadi medan rujukan kepada pelajar-pelajar saya khasnya di Sekolah Tinggi Kluang, Johor. Blog ini akan cuba dipenuhi dengan pelbagai panduan berkaitan Pengajian Am 900 Kertas 1 dan 2. Blog ini juga akan menjadi tempat himpunan hasil-hasil pengajaran dan pembelajaran Pengajian Am.