Memperkasa Industri Pertanian Selepas Merdeka. Bidang pertanian adalah sangat penting kepada negara kita. Bagaimana cara untuk memperkasakan industri pertanian?
Dasar perindustrian negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju sebenarnya, bukan mahu menjadikan sektor pertanian ketinggalan hingga tidak menjadi tonggak pertumbuhan, malangnya ia dilihat dari sudut itu.
Dan krisis makanan dunia serta kemelut bekalan beras yang melanda negara ini buat beberapa ketika baru-baru ini membuatkan kita semakin terdesak untuk memperkasa industri pertanian.
Kerajaan begitu komited dan telus ke arah usaha ini, antaranya menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi yang baru serta pelbagai insentif untuk menaikkan hasil tuaian padi.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bertindak proaktif dengan melancarkan kempen “Bumi Hijau” bagi menggalakkan rakyat bercucuk-tanam termasuk sayur, ulam-ulaman dan herba serta menternak ikan dan ayam bagi kegunaan sendiri.
DUA SUB SEKTOR PERTANIAN
Sektor pertanian terbahagi kepada dua sub-sektor iaitu tanaman industri seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada hitam dan tanaman makanan yang terdiri daripada padi, sayuran, buah-buahan, perikanan dan akuakultur serta ternakan.
Menurut Dr Amin Mahir, Ketua Laboratori Dasar Perniagaantani dan Pengurusan, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), pertumbuhan sub-sektor tanaman makanan tidaklah sepantas tanaman industri.
Selepas kemerdekaan, mulai tahun 60-an hingga 70-an, katanya, kerajaan melabur lebih daripada RM1 bilion untuk pembangunan perparitan dan saliran bagi penanaman padi.
Bagaimanapun, kata beliau, pertumbuhan ekonomi negara yang pesat menyebabkan keutamaan diberi kepada tanaman industri yang mempunyai potensi untuk menjana pendapatan eksport.
KEPERLUAN MENINGKAT
Keperluan makanan sesebuah negara akan meningkat dengan pertambahan penduduk, tambahan pula Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka di mana berlaku pengaliran masuk orang asing sama ada pelancong atau pekerja di samping pendatang tanpa izin.
Krisis bekalan beras yang berlaku sebelum ini, meskipun dapat ditampung dengan menambah import menjadikan negara semakin perlu meningkatkan tahap sara diri.
Dalam hal ini, Dr Amin yang juga pensyarah kanan Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Fakulti Pertanian UPM merujuk kepada bil import makanan negara yang mencecah RM23 bilion (2007).
“Ini adalah ketirisan yang agak besar dan usaha untuk meminimumkan ketirisan ini perlu disokong semua pihak,” tegasnya.
Usaha memperkasa semula sektor pertanian terutama sub-sektor makanan memerlukan dasar yang konsisten dan berterusan tanpa mengira kepimpinan di samping komitmen kerajaan yang tinggi dari segi sumber dan dana.
Dalam menyuarakan pandangan itu, Dr Amin berkata sumber perlu diperuntukkan secukupnya agar projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana sebelum ini ada projek tidak dapat dijalankan kerana kekurangan sumber.
“Keperluan sosial-politik-ekonomi dari aspek sumber terutama dana perlu diseimbangkan,” katanya.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri juga perlu memberi komitmen dengan menyediakan lebih tanah yang sesuai untuk pengeluaran makanan.
PERANAN GLC
Syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC), harus turut memainkan peranan yang lebih besar.
“Sebagai contoh Felda mempunyai keluasan kelapa sawit yang terbesar iaitu 690 ribu hektar. Ladang ini boleh diintegrasikan dengan ternakan lembu daging atau kambing. Cuba kita bayangkan populasi ternakan jika terlaksananya ladang integrasi ini.
“Saya kira tahap sara diri daging lembu yang sekarang ini hanya 26 peratus bukan sahaja dapat dinaikkan tetapi kita mungkin dapat mengeksport pula daging tersebut dalam jangka masa panjang. Meskipun ladang integrasi ini telah dimulakan, ia harus diperluaskan,” jelasnya.
Pada masa yang sama, katanya, isu kenaikan kos makanan ternakan perlu diberi perhatian yang serius. Dr Amin turut mencadangkan GLC yang bukan berasaskan pertanian seperti Tenaga Nasional atau Petronas mempelbagaikan aktiviti dengan melabur dalam pengeluaran makanan.
Katanya Penunjuk Pencapaian Utama (KPI) GLC berkenaan perlu disemak semula dengan mengambil kira sumbangan mereka terhadap dasar jaminan makanan negara.
“Saya kira ini dapat membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara dan seterusnya menyumbang kepada dasar jaminan makanan di samping mengurangkan pergantungan kepada import, berkemungkinan kita mengeksport,” katanya.
Dr Amin berkata mana-mana pihak tidak perlu membandingkan pencapaian Malaysia dalam pembangunan pertanian dengan negara lain termasuk Thailand.
Kata beliau, dalam pengeluaran minyak sawit, Malaysia telah lama jauh ke hadapan dan tidak dapat ditandingi negara lain.
“Tetapi Thailand pula adalah pengeksport utama beras dunia. Inilah maksud saya, keutamaan dalam dasar yang berbeza. Jika Thailand berhasrat menjadi ‘kitchen to the world’, kita mempunyai aspirasi menjadi hab makanan halal.
“Jadi saya kira kita tak perlu bersaing dengan mereka. Apa yang harus kita lakukan ialah memperkukuhkan lagi sub-sektor makanan dengan meningkatkan pengeluaran dan mampu memenuhi permintaan domestik dan sekali gus mengurangkan pergantungan kepada import,” tegasnya.
Bagaimanapun, Dr Amin berkata tidak ada salahnya jika Malaysia mengkaji faktor kejayaan sesuatu negara untuk mengambil apa yang boleh dicontohi.
Dasar Pertanian Negara, katanya, menggariskan keutamaan komoditi makanan yang perlu diberi tumpuan, manakala Pelan Induk Perindustrian menunjukkan bagaimana pertalian industri harus berlaku antara pengeluaran makanan dan penambahan nilai.
“Cuma apa yang saya nampak ialah terdapat masalah pelaksanaannya. Sebagai contoh pembabitan sektor swasta dalam perladangan tanaman makanan masih belum mencapai suatu tahap yang diharapkan,” kata Dr Amin.
Krisis makanan dunia jelas membuka mata kita untuk menilai semula dasar dan pengeluaran makanan terutama beras.
Dunia pernah mengalami krisis makanan pada tahun 1970-an tetapi krisis makanan kini berbeza puncanya, kata Dr Amin.
Sekarang, jelasnya, tanaman makanan bukan lagi berfungsi sebagai makanan manusia tetapi juga digunakan untuk makanan ternakan dan yang terbaru untuk menghasilkan bahan bakar bio.
“Persaingan ini mengakibatkan penghasilan makanan manusia terhad dan melonjakkan harga barang makanan. Amerika Syarikat, pengeluar utama jagung dan gandum memberi insentif penanaman jagung untuk penghasilan ethanol (bahan bakar bio) mengakibatkan pengurangan kawasan untuk tanaman gandum.
“Kesannya, kenaikan harga gandum dan harga beras. Kenaikan harga minyak dan kejatuhan nilai dolar Amerika memburukkan lagi keadaan. Kita perlu berhati-hati dengan bio-diesel kita kerana ia berkemungkinan menaikkan harga minyak masak,” tambah Dr Amin.
CABARAN MENANTI
Ketika kerajaan mengorak langkah memperkasa sektor pertanian negara, Dr Amin berkata terdapat beberapa kekangan yang perlu diberi perhatian.
Beliau menyebut persaingan sumber antara sektor pertanian dan sektor lain sebagai satu daripada kekangan itu.
“Tanah adalah sumber penting dalam pertanian. Begitu juga bagi sektor lain seperti perumahan dan pembuatan. Dalam persaingan ini, sektor pertanian yang tewas. Bukan sahaja pembukaan kawasan baru, kawasan pertanian sedia ada pun telah banyak ditukar kepada kawasan perumahan atau perkilangan.
“Tanah juga hak kerajaan negeri. Jika pun terdapat kerjasama dengan kerajaan pusat, masalah seperti ketiadaan prasarana yang mencukupi di kawasan tanah yang diperuntukkan atau tanah yang diperuntukkan adalah tanah bermasalah seperti tanah masam, berbatu atau tanah yang boleh ditenggelami air laut apabila air laut pasang,” jelasnya.
Bidang pertanian juga kurang diminati terutama golongan muda tempatan dan ada yang menganggap pekerjaan tani menawarkan pendapatan rendah, kotor, kerja berat dan tradisional.
“Walaupun ramai di antara mereka anak petani, peneroka atau nelayan, melihatkan keadaan ibu bapa mereka, ditambah dengan tiada galakan ibu bapa, mereka ini lebih cenderung bekerja makan gaji,” katanya.
Pertanian juga sering dikaitkan dengan kemiskinan. Justeru, rakyat negara ini perlu mengubah minda selaras dengan yang diuar-uarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ‘Pertanian Adalah Perniagaan.’
Dalam hal ini, Dr Amin turut menekankan bahawa pembangunan seimbang antara sektor pertanian dan sektor perindustrian menuntut peruntukan kewangan serta pelaksanaan dasar yang sama rata.
Yang pasti, semua ini memerlukan keazaman yang tinggi untuk memperkasa pembangunan pertanian dan menjadikan sektor pertanian pengeksport utama negara menjelang 2010!
Dasar perindustrian negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju sebenarnya, bukan mahu menjadikan sektor pertanian ketinggalan hingga tidak menjadi tonggak pertumbuhan, malangnya ia dilihat dari sudut itu.
ReplyDeleteDan krisis makanan dunia serta kemelut bekalan beras yang melanda negara ini buat beberapa ketika baru-baru ini membuatkan kita semakin terdesak untuk memperkasa industri pertanian.
Kerajaan begitu komited dan telus ke arah usaha ini, antaranya menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi yang baru serta pelbagai insentif untuk menaikkan hasil tuaian padi.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bertindak proaktif dengan melancarkan kempen “Bumi Hijau” bagi menggalakkan rakyat bercucuk-tanam termasuk sayur, ulam-ulaman dan herba serta menternak ikan dan ayam bagi kegunaan sendiri.
DUA SUB SEKTOR PERTANIAN
Sektor pertanian terbahagi kepada dua sub-sektor iaitu tanaman industri seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada hitam dan tanaman makanan yang terdiri daripada padi, sayuran, buah-buahan, perikanan dan akuakultur serta ternakan.
Menurut Dr Amin Mahir, Ketua Laboratori Dasar Perniagaantani dan Pengurusan, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), pertumbuhan sub-sektor tanaman makanan tidaklah sepantas tanaman industri.
Selepas kemerdekaan, mulai tahun 60-an hingga 70-an, katanya, kerajaan melabur lebih daripada RM1 bilion untuk pembangunan perparitan dan saliran bagi penanaman padi.
Bagaimanapun, kata beliau, pertumbuhan ekonomi negara yang pesat menyebabkan keutamaan diberi kepada tanaman industri yang mempunyai potensi untuk menjana pendapatan eksport.
KEPERLUAN MENINGKAT
Keperluan makanan sesebuah negara akan meningkat dengan pertambahan penduduk, tambahan pula Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka di mana berlaku pengaliran masuk orang asing sama ada pelancong atau pekerja di samping pendatang tanpa izin.
Krisis bekalan beras yang berlaku sebelum ini, meskipun dapat ditampung dengan menambah import menjadikan negara semakin perlu meningkatkan tahap sara diri.
Dalam hal ini, Dr Amin yang juga pensyarah kanan Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Fakulti Pertanian UPM merujuk kepada bil import makanan negara yang mencecah RM23 bilion (2007).
“Ini adalah ketirisan yang agak besar dan usaha untuk meminimumkan ketirisan ini perlu disokong semua pihak,” tegasnya.
DASAR YANG KONSISTEN
ReplyDeleteUsaha memperkasa semula sektor pertanian terutama sub-sektor makanan memerlukan dasar yang konsisten dan berterusan tanpa mengira kepimpinan di samping komitmen kerajaan yang tinggi dari segi sumber dan dana.
Dalam menyuarakan pandangan itu, Dr Amin berkata sumber perlu diperuntukkan secukupnya agar projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana sebelum ini ada projek tidak dapat dijalankan kerana kekurangan sumber.
“Keperluan sosial-politik-ekonomi dari aspek sumber terutama dana perlu diseimbangkan,” katanya.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri juga perlu memberi komitmen dengan menyediakan lebih tanah yang sesuai untuk pengeluaran makanan.
PERANAN GLC
Syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC), harus turut memainkan peranan yang lebih besar.
“Sebagai contoh Felda mempunyai keluasan kelapa sawit yang terbesar iaitu 690 ribu hektar. Ladang ini boleh diintegrasikan dengan ternakan lembu daging atau kambing. Cuba kita bayangkan populasi ternakan jika terlaksananya ladang integrasi ini.
“Saya kira tahap sara diri daging lembu yang sekarang ini hanya 26 peratus bukan sahaja dapat dinaikkan tetapi kita mungkin dapat mengeksport pula daging tersebut dalam jangka masa panjang. Meskipun ladang integrasi ini telah dimulakan, ia harus diperluaskan,” jelasnya.
Pada masa yang sama, katanya, isu kenaikan kos makanan ternakan perlu diberi perhatian yang serius. Dr Amin turut mencadangkan GLC yang bukan berasaskan pertanian seperti Tenaga Nasional atau Petronas mempelbagaikan aktiviti dengan melabur dalam pengeluaran makanan.
Katanya Penunjuk Pencapaian Utama (KPI) GLC berkenaan perlu disemak semula dengan mengambil kira sumbangan mereka terhadap dasar jaminan makanan negara.
“Saya kira ini dapat membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara dan seterusnya menyumbang kepada dasar jaminan makanan di samping mengurangkan pergantungan kepada import, berkemungkinan kita mengeksport,” katanya.
TAK PERLU BANDING
ReplyDeleteDr Amin berkata mana-mana pihak tidak perlu membandingkan pencapaian Malaysia dalam pembangunan pertanian dengan negara lain termasuk Thailand.
Kata beliau, dalam pengeluaran minyak sawit, Malaysia telah lama jauh ke hadapan dan tidak dapat ditandingi negara lain.
“Tetapi Thailand pula adalah pengeksport utama beras dunia. Inilah maksud saya, keutamaan dalam dasar yang berbeza. Jika Thailand berhasrat menjadi ‘kitchen to the world’, kita mempunyai aspirasi menjadi hab makanan halal.
“Jadi saya kira kita tak perlu bersaing dengan mereka. Apa yang harus kita lakukan ialah memperkukuhkan lagi sub-sektor makanan dengan meningkatkan pengeluaran dan mampu memenuhi permintaan domestik dan sekali gus mengurangkan pergantungan kepada import,” tegasnya.
Bagaimanapun, Dr Amin berkata tidak ada salahnya jika Malaysia mengkaji faktor kejayaan sesuatu negara untuk mengambil apa yang boleh dicontohi.
Dasar Pertanian Negara, katanya, menggariskan keutamaan komoditi makanan yang perlu diberi tumpuan, manakala Pelan Induk Perindustrian menunjukkan bagaimana pertalian industri harus berlaku antara pengeluaran makanan dan penambahan nilai.
“Cuma apa yang saya nampak ialah terdapat masalah pelaksanaannya. Sebagai contoh pembabitan sektor swasta dalam perladangan tanaman makanan masih belum mencapai suatu tahap yang diharapkan,” kata Dr Amin.
NILAI SEMULA
ReplyDeleteKrisis makanan dunia jelas membuka mata kita untuk menilai semula dasar dan pengeluaran makanan terutama beras.