Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : ISU ANTARABANGSA

CONTOH PERSOALAN : 1. Industri pelancongan negara mula mencatatkan pertumbuhan pesat sejak kerajaan memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia 1990. Sekali lagi Malaysia akan menjadi tumpuan pelancong pada 1994 kerana kerajaan telah melancarkan TMM 94. Kerajaan menganggarkan seramai tujuh juta pelancong akan melawat Malaysia pada 1994. Hal ini diususkan oleh Y.B. Datuk Sabaruddin Chik melalui Berita Harianpada 8 September 1993 di Kuala Lumpur.Sejauh manakah industri pelancongan ini dapat membawa kebaikan terhadap negara kita ?

Nota : Sila kunjungi blog Kertas 2 : Laras Sastera dan Sains kerana cikgu telah masukkan banyak contoh soalan dan jawapan.

2 comments:

  1. Intro : 1. Industri pelancongan memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara kasar dan menjadi sumber negara ketiga penting selepas perkilangan dan pertroleum.

    2 . Kita menjadikan pelancong sebagai sebuah industri mulai pertengahan tahun 80-an sewaktu negara menghadapi kemelesetan ekonomi.

    3. Pelancongan dikaitkan dengan kegiatan lawatan para pelancong dari dalam dan luar negeri untuk pelbagai tujuan. Bertambahlah jumlah pelancong bererti akan menggiatkan usaha untuk menyediakan tempat pengi napan, pengangkutan, perkhidmatan dan penyediaan prasarana (infrastruktur) yang berkaitan.

    Langkah :

    1. Usaha memperdagangkan bidang perlancongan di negara ini begitu menonjol sesudah ditubuhkan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan enganjurkan

    Sumbangan :
    1. Mempelbagaikan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kesan daripada berkembangnya, industri-industri yang menjadi sampingan seperti bidang perhotelan juga telah dimajukan. Pada 1985, sejumlah 32,835 bilik penginapan disediakan oleh 825 hotel di seluruh negara. Ini menunjukkan bahawa industri pelancongan yang berasaskan perhidmatan menawarkan pilihan pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini dikuasai oleh industri pertanian dan perkilangan. Banyak hotel baru yang berbintang 5 telah dibina akibat industri pelancongan. Hotel-hotel ini dapat menambahkan sumber pendapatan negara.

    2. Menyelamatkan peraliran ke luar. Menggalakkan pertukaran wang asing negara. Usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing tidak seharus- nya membelakangkan sumbangan pelancong tempatan.Kemudahan-kemudahan yang disediakan akan dapat dinikmati sama oleh pelancong tempatan. Perdana Menteri ketika melancarkan khidmat Feri Melaka ke sebuah wilayah Indonesia, mengatakan rakyat negara ini berbelanja lebih 200 juta ringgit untuk kegiatan pelancongan di luar negeri. Menurut Perbadanan Penggalakkan Pelancongan, lebih daripada 72 peratus pelancong asing ke Malaysia terdiri dari golongan profesional dan bertaraf pengurus. Ini secara tidaklangsung mencerminkan hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang berada dan akan berbelanja besar ketika di negara ini. Justeru itu cukup wajar kalau ini diberi perhatian kerana akan memberi kesan positif terhadap pertukaran wang asing.

    3. Mengurang kadar pengganguran. Berkembangnya industri perhotelan, pertambahan agensi- agensi pelancongan dan perhidmatan bas-bas persiaran adalah antara kegiatan yang memerlukan ramai pekerja.Ini termasuklah jawatan untuk diisi oleh para pemandu pelancong. Contoh, sejak tahun 1985, perkembangan industri perhotelan sahaja telah menghasilkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan dan jumlah itu terus meningkat setiap tahun. Hotel juga memerlukan ramai pekerja dan pelayan bagi membantu.

    ReplyDelete
  2. Keburukan :

    1. Kebudayaan kuning. Kita perlu mengambil kira kebimbangan berbagai-bagai pihak di samping bersedia untuk menghadapi berbagai-bagai kesan yang mungkin timbul seperti ancaman budayakuning. Para pelancong tidak mustahil akan mendedahkan corak hidup mereka yang antaranya tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. Kita juga harus berusaha agar tidak dihanyutkan oleh arus yang akan mengakibatkan leburnya ciri-ciri kebudayaan timur yang telah dipertahankan sejak berzaman. Mereka mungkin memakai pakaian yang menjolok mata. Berkelakuan sumbang di hadapan pemuda-pemudi kita.

    2. Pencemaran Kebimbangan juga pernah diutarakan oleh FOMCA di mana usaha kerajaan mengutamakan pelancong luar negeri akan hanya menguntungkan orang luar. Pelancong tempatan pula umumnya kurang kemampuan untuk tinggal di hotel- hotel mahal dan mewah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia juga mendapati bahawa pembinaan hotel dan kondominium di pinggir laut danpantai telah menimbulkan masalah pembuangan najis.Pencemaran mungkin sahaja akan berlaku akibat saluran paip najis dihalakan ke laut atau pantai berkenaan.

    3. Sikap dan berfikiran hamba. Kemajuan industri pelancongan juga tidak mustahil akan melahirkan masyarakat yang berfikiran hamba dan bersikap rendah diri. Suasan itu boleh wujud kerana layanan yang berlebih-lebihan terhadap para pelancong sehingga mereka dianggap ‘raja’. Masyarakat akan tunduk kepada mereka kerana ingin memberi perkhidmatan yang baik. Perkembangan industri ini juga akan menggalakkan pertumbuhan kelab sosial dan kasino yang nyata bercanggah dengan prinsip islam dan norma-normamasyarakat yang bercorak konservatif kita.

    Kesimpulan :

    1. Industri pelancongan penting untuk mempelbagaikan sumber ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara. Kita perlu berwaspada terhadap beberapa risiko yang akan timbul seperti penularan wabak penyakit serius,masalah sosial yang bertali-temali dan ancaman terhadap nilai-nilai tradisi dan murni yang telah menjamin keharmonian masyarakat selama ini.

    2. Industri pelancongan patut dijalankan dengan perancangan yang baik dengan tidak membelakangkan tuntutan agama dan menggugat alam sekitar.

    ReplyDelete