Saturday, August 29, 2009

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pelajar yang dikasihi. Apakah Pembangunan Modal Insan? Sejumlah RM18.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berbanding RM13.2 bilion pada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).

Peningkatan peruntukan ini menunjukkan komitmen kerajaan Barisan Nasional kepada sektor pendidikan tinggi negara selaras dengan iltizamnya memperkasakan pembangunan modal insan negara ini.

Maklumat lanjut... sila lihat komen di bawah.

6 comments:

  1. Sejumlah RM18.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berbanding RM13.2 bilion pada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).

    Peningkatan peruntukan ini menunjukkan komitmen kerajaan Barisan Nasional kepada sektor pendidikan tinggi negara selaras dengan iltizamnya memperkasakan pembangunan modal insan negara ini.

    Kemuncak kepada kesungguhan kerajaan untuk menjadikan pendidikan tinggi sebagai medan melahirkan generasi graduan berkualiti dan bertaraf dunia ialah pelancaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Melangkaui Tahun 2020 pada 27 Ogos 2007.

    TUJUH TERAS STRATEGIK

    PSPTN pada dasarnya mempunyai tujuh teras strategik iaitu Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti, Menambahbaik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi, Memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi, Mempergiat Pengantarabangsaan, Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Mengukuhkan Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi.

    Pelan tersebut yang dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri jelas menyediakan landasan kukuh dalam meningkatkan kecemerlangan (Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) negara.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed menegaskan bahawa PSPTN akan melonjak usaha murni kerajaan untuk melihat lebih ramai modal insan kelas pertama dilahirkan oleh PTA dan IPTS tempatan.

    “Kita mensasarkan perubahan radikal akan berlaku dalam setiap aspek pendidikan tinggi negara dengan perlaksanaan sepenuhnya PSPTN ini,” katanya kepada Bernama.

    PSPTN juga katanya adalah kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan Abdullah pada Januari 2007 untuk meningkatkan kecemerlangan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

    ReplyDelete
  2. BILANGAN PELAJAR TERUS BERTAMBAH

    Menurut Mustapa, banyak kejayaan dicatat dalam bidang pendidikan tinggi negara sepanjang tempoh empat tahun (2004-2007).

    Jumlah IPTA, katanya bertambah daripada 17 buah pada 2004 kepada 20 pada 2007. Setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya sebuah universiti dan sebuah cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Bilangan universiti dan kolej universiti swasta turut mencatat pertambahan daripada 21 buah pada 2004 kepada 37 pada 2007.

    Enrolmen di 17 IPTA pada 2004 adalah seramai 293,978 orang pelajar. Bilangan ini meningkat kepada 390,069 pelajar di 20 IPTA pada 2007 iaitu pertambahan sebanyak 32.69 peratus.

    Perubahan ini menunjukkan peluang pendidikan kini semakin terbuka luas kepada semua.

    Beliau mengambil UiTM sebagai contoh di mana institusi tersebut mencatat pertambahan pelajar yang begitu besar bagi tempoh 2004-2007. Jumlah enrolmen UiTM pada 2004 ialah 80,050 pelajar dan angka ini melambung kepada 116,233 orang pada tahun 2007.

    Perkembangan positif ini dilihat sebagai sebahagian daripada strategi Kerajaan untuk mencapai sasaran enrolmen 200,000 pelajar UiTM menjelang 2010.

    Di peringkat politeknik juga menunjukkan peningkatan di mana pada tahun 2007 terdapat 24 buah politeknik dengan enrolmen 83,490 pelajar berbanding hanya 20 buah politeknik pada 2004 dengan enrolmen enrolmen seramai 64,382 pelajar.

    PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

    Mustapa juga memberitahu faktor kewangan bukan lagi penghalang untuk anak-anak Malaysia menjejakkan kaki ke menara gading. Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, sumber terbaik adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    “Jumlah penerima dan kos pembiayaan meningkat sepanjang tempoh 2004-2007. Pada akhir 2004 seramai 655,738 pelajar menerima pinjaman PTPTN dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM12.3 billion. Sehingga akhir 2007 jumlah penerima pinjaman meningkat kepada 1,110,091 dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 22.1 billion,” katanya.

    Beliau juga memberitahu PTPTN juga memperluaskan pembiayaan di semua peringkat termasuk Sarjana, PhD Dan Profesional.

    “Program seumpama ini belum diadakan pada tahun 2004. Program yang baru diperkenalkan telah memberi peluang kepada 5112 orang pelajar dengan pembiayaan berjumlah RM 78.4 juta,” tambahnya.

    Di samping PTPTN, pihak kerajaan juga, kata Menteri tersebut memperkenalkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman sebagai Biasiswa Perdana.

    “Sebelum ini, skim ini merupakan skim pinjaman. Mulai 2007 ia telah dipinda kepada skim biasiswa untuk pelajar cemerlang di IPTA & IPTS. Setakat ini seramai 50 orang pelajar cemerlang telah menerima biasiswa ini,” katanya.

    Keprihatinan kerajaan untuk memberi peluang pendidikan turut tidak melupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

    Mustapa memberitahu elaun pembiayaan OKU di IPT mula diperkenalkan pada 2006 di mana seramai 740 orang pelajar telah mendapat manfaat pada kadar RM 300.00 sebulan.

    ReplyDelete
  3. KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Bercakap mengenai kualiti graduan lepasan IPTA dan IPTS tempatan yang sering menjadi isu perdebatan, Mustapa berkata beliau yakin institusi pendidikan tinggi negara akan meneruskan legasi kecemerlangannya. Kata beliau, ini kerana PSPTN amat menekankan kualiti dalam semua aspek pengajian tinggi termasuk pemilihan dan latihan kepada pemimpin serta ahli fakulti di samping amalan pengurusan terbaik.

    Menurut beliau penubuhan Malaysian Qualification Agency (MQA) pada 1 November 2007 bagi menggantikan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) adalah satu lagi usaha untuk terus menggilap kecemerlangan institusi pengajian tinggi tempatan.

    Di samping meningkatkan sistem jaminan kualiti di IPTA dan IPTS, MQA juga bertindak sebagai pusat rujukan kelayakan negara dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) menggantikan LAN.

    Seiring dengan hasrat untuk mengeluarkan graduan kelas pertama, Mustapa berkata langkah juga diambil bagi menambah bilangan pensyarah yang mempunyai kelayakan PhD dan setaraf dengannya.

    Sehingga 2004 bilangan tenaga pensyarah dan tutor di IPTA adalah seramai 20,597 orang. Jumlah ini meningkat pada 2007 kepada 22,035 orang. Ini berbanding bilangan pensyarah yang mempunyai kelayakan PhD pada 2005 iaitu 6,640 orang hanya 4,597 pada 2004.

    Di samping itu, beliau memberitahu Kementeriannya juga telah menjalankan tujuh sesi temuduga terbuka di United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Kuala Lumpur dan Jepun.

    Langkah tersebut, katanya adalah untuk mendapatkan tenaga pensyarah yang terbaik di pasaran terbuka bagi memberi khidmat mereka di IPTA tempatan.

    Mustapa juga menyentuh langkah memperkenalkan Kurikulum Baru melalui Pengenalan Modul Kemahiran Insaniah, Bahasa Inggeris, Keusahawanan dan Hubungan Etnik mulai sesi pengajian 2007/2008 di semua IPTA.

    Strategi tersebut, jelasnya, bertujuan untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja berketrampilan dan berdaya saing tetapi juga mempunyai nilai pasaran pekerjaan (employable) yang tinggi.

    “Ini secara tidak langsung dapat menghapuskan masalah siswazah menganggur dan kita harap tidak ada lagi masalah siswazah untuk mendapatkan pekerjaan selepas bertahun-tahun menimba ilmu di IPT,” kata Mustapa.

    Di bawah PSPTN juga, kerajaan mengambil pendekatan mengiktiraf empat buah Universiti sebagai Universiti Penyelidikan.

    Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

    ReplyDelete
  4. PROMOSI PENGAJIAN TINGGI

    Langkah mempromosi IPT tempatan di luar negara turut diberi penekanan oleh pihak kerajaan. Seperti kata Mustapa, usaha tersebut dibuat menerusi penubuhan pejabat promosi yang setakat ini telah dibuka di di Dubai (UAE), Beijing (RRC China), Jakarta (Indonesia) dan Ho Chi Minh City (Vietnam).

    Hasil positif usaha berkenaan boleh dilihat dengan peningkatan pengambilan pelajar antarabangsa. Pada tahun 2004 terdapat seramai 38,711 orang pelajar antarabangsa menuntut di IPT dan sekolah antarabangsa (termasuk 7,037 orang pelajar yang belajar di 30 buah sekolah antarabangsa).

    Jumlah tersebut kini meningkat kepada 55,397 orang pelajar (jumlah ini termasuk 9,823 orang pelajar yang sedang belajar di 40 buah sekolah antarabangsa).

    Mustapa memberitahu jalinan kerjasama antara IPT Tempatan dengan IPT Luar Negara turut rancak dijalankan.

    Tambahnya, Program Split PhD merupakan inisiatif kerjasama dengan universiti yang terkemuka bagi meningkatkan jumlah tenaga pensyarah yang berkelayakan PhD dan setaraf dengannya.

    Sebagai langkah awal, bilangan pelajar yang telah menerima tawaran adalah seperti berikut iaitu Imperial College of London (3 pelajar), University of Nottingham (6 pelajar) dan University of Melbourne (9 pelajar).

    Jumlah calon untuk program tersebut, katanya akan bertambah dalam masa terdekat.

    Jelas sekali, usaha-usaha yang dibuat pihak kerajaan dalam tempoh empat tahun lepas menjurus kepada visi bukan sahaja mahu melahirkan modal insan bertaraf global malah menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi.

    ReplyDelete
  5. salam cikgu.....
    nak tanya...
    usaha- usaha membangunan modal insan..macam mana...

    ReplyDelete
  6. salam cikgu....
    apa peranan teknologi nuklear dalam mempercepatkan proses pembangunan negara....
    perana teknologi nuklear seperti menyumbang kepada negara.....macam mana..

    ReplyDelete