Tugasan Kumpulan 1 : PU1F3
PBB kurang berperanan dalam menjalankan fungsi sebenarnya. Misalnya, dalam usaha menjamin keamanan dunia jelas menunjukkan kelemahannya. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?
Friday, July 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pada pendapat saya, PBB kurang berperanan dalam usaha menjamin keamanan dunia walaupun antara salah satu matlamat piagam PBB adalah menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Terdapat banyak kelemahan PBB dalam usaha menjamin keamanan dunia yang telah saya dapati.
ReplyDeleteKelemahan pertama yang saya dapati adalah sikap campur tangan untuk kepentingan sendiri. Sikap campur tangan negara besar terhadap negara kecil dan negara-negara yang tidak berkeupayaan untuk berlawan.PBB diperalatkan oleh negara-negara tertentu untuk mencapai tujuan politik bagi kepentingan masing-masing.Sebagai contohnya,Pencerobohan AmerikaSyarikat untuk menangkap Jeneral Noriega dan pencerobohan Britain terhadap Pulau Falkland.
Kelemahan yang seterusnya adalah keangkuhan negara penceroboh. Kedegilan dan keangkuhan negara penceroboh itu sendiri dan pencabulan negara-negara yang didamaikan menyebabkan perintah-perintah PBB tidak diikuti.Sebagai contohnya, pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza, Bukit Golan dan Tebing Barat.
Di samping itu, penyalahgunaan kuasa juga berlaku. Kuasa-kuasa veto seperti Amerika Syarikat dan Britain telah menggunakan Program Pembangunan PBB (UNDP) untuk menyebabkan nilai budaya mereka kepada masyarakat dunia.Perbuatan ini tidak disenangi oleh penduduk dunia. Sebagai contohnya, pada Persidangan Kependudukan dan Pembangunan yang diadakan di Kaherah pada bulan September 1994, PBB mengusulkan untuk mengiktiraf pasangan homoseksual sebagai keluarga,membenarkan amalan seks bebas dan menggalakkan pengguguran.
Saya juga mendapati kelemahan pasukan tentera pengaman PBB dalam menjalankan tugas. Kebanyakan pasukan tentera disumbangkan oleh negara-negara Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat.Ini menjadikan negra-negara yang merupakan penyumbang utama tentera pengaman bertindak mengikut kepentingan Amerika Syarikat.Sebagai contohnya, tindakan Israel menzalimi Palestin buat beberapa dekad lamanya tidak dapat diberhentikan.
Kesimpulannya, PBB kurang berperanan dalam usaha menjamin keamanan dunia. Hal ini telah mendorong berlakunya jenayah perang dan tidak ada mana-mana pihak yang dapat mengawalnya. Oleh itu, jenayah perang kerap berlaku walaupun PBB telah ditubuhkan.
Disediakan Oleh Kumpulan 1
Sila lengkapkan senarai nama ahli kumpulan anda.
ReplyDelete