Friday, July 3, 2009

TUGASAN 1 - K3 : LARAS SASTERA - Jenayah Perang

Kumpulan 3 : PU1F3
Jenayah perang sering berlaku apabila peperangan terjadi. Bincangkan jenayah perang tersebut dan langkah-langkah untuk menghindari berlakunya peperangan.

1 comment:

  1. Jenayah perang merupakan suatu tindakan pelanggaran undang-undang atau kezaliman perang oleh satu atau beberapa orang yang termasuk tetapi tidak terhad kepada pembunuhan, penganiayaan atau pengusiran penduduk awam wilayah diduduki ke kem buruh paksa, pembunuhan atau penganiayaan tawanan perang, pembunuhan tebusan, pemusnahan sewenang-wenangnya terhadap bandar, pekan dan kampung, dan apa-apa pembinasaan yang tidak berasaskan keperluan tentera. Pelaku jenayah perang dikenali sebagai penjenayah perang.

    Jenayah perang boleh diklasifikasikan kepada banyak jenis,antarannya ialah serangan kuasa nuklear atau serangan bom atom. Amerika Syarikat merupakan satu-satunya Negara yang pernah menggunakan senjata nuklear semasa peperangan. Amerika Syarikat bekerjasama dengan United Kingdom menggunakan dua bom atam ke atas Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada tahun 1945. Serangan bom atom ini telah menyebabkan kematian sebanyak 140 ribu nyawa di Hiroshima manakala 80 ribu nyawa di Nagasaki. Di samping beribu-ribu manusia lagi meninggal dunia akibat terdedah kepada radiasi dan kecederaan semenjak dari kejadiaan itu. Pada 6 Ogos 1945,bom “Little Boy ” digugurkan tepat pada jam 8.15 pagi pada waktu tempatan ke atas Hiroshima manakala pada 9 Ogos 1945, bom plutonium “Fat Man” digugurkan ke atas Nagasaki tepat pada sasaran sekolah perubatan dan hospital Nagasaki. Bom itu dihasilkan di bawah projek Manhattan di bawah bimbingan J.Robert Oppenheimer.


    Penghapusan etnik atau lebih dikenali sebagai pembunuhan beramai-ramai merupakan salah satu jenis jenayah perang.perang penghapusan etnik ini dilakukan oleh bekas panglima perang Serb Bonia, Radoran Karadzic yang merancang dan mengarahkan pembunuhan kejam kepada etnik-etnik Bosnia yang beragama Islam. Segalanya bermula pada tahun 1992 dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau dari tanah sendiri dibunuh,disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak dan didera dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Jumlah umat Islam Bosnia dibunuh oleh orang-orang Serbia melebihi 200 ribu orang manakala 2 juta orang telah di usir dari rumah mereka dan kira-kira 50 ribu umat wanita Islam telah dirogol. Perang ini tamat pada tahun 1995.

    Terdapat banyak langkah untuk mencegah berlakunya peperangan,antaranya ialah peranan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam deklarasi PBB, terkandung satu undang-undang yang mengharamkan sebarang penggunaan kuasa tentera kecuali mendapat persetujuaan dua pertiga Negara anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA-PBB). Piagam PBB ini diwujudkan adalah untuk mencegah berlakunya peperangan. Namun piagam ini tidak dipatuhi oleh semua Negara.

    Selain itu, peranan International Military Tribunal For the Far East (IMTFE) juga amat penting dalam mencegah berlakunya peperangan. IMTFE membahagikan pertuduhan kepada tiga kelas iaitu A, B dan C berdasarkan pengertian Tribunal Tentera Antarabangsa. Bagi kelas A ialah jenayah terhadap keamanan, menghukum pihak yang merancang dan menyediakan inisiatif ke arah peperangan yang bercanggah dengan perjanjian antarabangsa. Kelas B pula ialah membabitkan jenayah peperangan konvensional seperti menyalahi undang-undang dan adat peperangan. Bagi kelas C pula,jenayah terhadap kemanusiaan membabitkan pembunuhan,penyeksaan,penghambaan dan tingkah laku kejam terhadap sebarang populasi awam sebelum atau ketika perang.

    Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama dalam mencegah berlakunya peperangan. Peperangan telah membawa banyak kemusnahan serta penderaan kepada manusia. Peperangan berlaku disebabkan oleh tindakan manusia. Oleh itu, kita haruslah hidup berharmoni agar peperangan dapat dielakkan.

    Kumpulan 3

    ReplyDelete