Friday, July 3, 2009

TUGASAN 1 - K2 : LARAS SASTERA - Jenayah Perang

Kumpulan 2 : PU1F3
Walaupun manusia semakin bertamadun,tetapi peperangan masih berlaku.Banyak pihak yang menjadi korban akibat perbuatan tersebut.Bincangkan

1 comment:

  1. Manusia lebih istimewa berbanding haiwan kerana manusia memiliki akal.Namun,akal yang ada telah disalahgunakan oleh manusia untuk melancarkan perang ke atas pihak lain atas sebab yang diwajarkan sendiri.

    Salah satu sebab berlakunya peperangan ialah perebutan kuasa.Perebutan kuasa antara pihak yang berpengaruh dalam sesebuah negara menyebabkan berlakunya perang saudara.Hal inilah yang berlaku di Afghanistan dan bebrapa buah negara di benua Afrika.Perebutan kuasa antara kerajaan boneka Amerika Syarikat dengan saki baki tentera Taliban terus berlaku selepas kejatuhan kerajaan Taliban.Kehilangan kuasa telah menjadikan tentera Taliban kecewa dan melancarkan perang.Soal saudara senegara dan seagama tidak lagi diperhitungkan demi mencari kuasa yang hilang.

    Faktor seterusnya yang menyebabkan peperangan ialah penjajahan oleh kuasa luar.Demi mencapai kemerdekaan dan kebebasan rakyat yang terjajah perlu berjuang.Keengganan penjajah berundur seperti yang berlaku di Bukit Golan,Syria,Tebing Barat Palestin dan Iraq telah mencetuskan perang yang dahsyat.Penaklukan Iraq oleh Amerika Syarikat telah membangkitkan susana hura-hara dengan semangat benci akan penjajah.

    Peperangan yang berlaku telah menyebabkan ramai rakyat sesebuah negara itu yang tercedera,mati dan hidup sebagai pelarian.Misalnya,negara kita pernah menerima dan membela nasib pelarian dari Vietnam dan Bosnia.Khemah-khemah pelarian juga terdapat di Iraq dan Syria setelah Iraq diserang oleh Amerika Syarikat.Sebagai pelarian,hak mereka dari segi kesihatan,pendidikan,keselamatan dan lain-lain telah terabai.

    Kesan lain yang terjadi ekoran perang yang meletus ialah kemusnahan sesebuah negara.Negara yang dahulunya maju,kuat dan mencapai tamadun kini bertukar menjadi padang jarak padang terkukur.Segala prasarana asas seperti jalan raya,air,elektrik musnah sama sekali.Banyak loji minyak yang menjadi sumber pendapatan negara telah musnah terbakar.Tanpa hasil ekonomi,mereka gagal mengimport makanan dan ubat-ubatan.Hasilnya,ramai rakyat yang kebuluran dan mati.

    Peperangan melibatkan banyak pencabulan ke atas rakyat sesebuah negara.Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) wajar mencermin semula fungsinya agar ahli yang berpayung di bawahnya hidup terbela.

    Disediakan oleh,
    (Kumpulan 2)
    Caleb Sio Yeang Der
    Hoe You Quan
    Cheong Yee Hwee
    Tam Shirley
    Fang Siew Fei
    Tracy Tey Pin Pin

    ReplyDelete