Friday, July 3, 2009

TUGASAN 1 - K4 : LARAS SASTERA - Jenayah Perang

Kumpulan 4 : PU1F3
Jenayah Perang : Kesan terhadap wanita dan kanak-kanak

1 comment:

  1. Semasa peperangan,kaum wanita dijadikan perempuan penghibur ataupun comfort woman yang bekerja sebagai pelacur terutamanya semasa pendudukan Jepun pada Perang Dunia Ke-2.Sebanyak 200,000 dianggar oleh sejarahwan Jepun dan sejarahwan China pula menganggarkan 410,000 perempuan terlibat dalam pelacuran semasa zaman perperangan.
    Pada Jun 1990,kerajaan Jepun menafikan kewujudan comfort station dan mengatakan comfort station dijalankan oleh sektor peribadi.Pada tahun 1991,sejarahwan Yoshiaki Yoshimi menjumpa bukti penubuhan comfort station oleh kerajaan Jepun.Pada tahun 1992,kerajaan Jepun akhhirnya mengaku dan meminta maaf kepada semua comfort woman.Pada tahun 1995,Jepun menubuhkan Asia Women’s Fund untuk menebus dosa dengan memberi wang pampasan dan satu surat meminta maaf kepada semua comfort woman tetapi ditolak kerana wang tersebut adalah daripada sumbangan sektor peribadi dan bukannya wang kerajaan tersebut.
    Konsep comfort woman ini ditubuhkan adalah untuk mengurangkan kes-kes rogol semasa peperangan oleh tentera-tentera. Perempuan-perempuan ini dianggar hanya 25% yang hidup dan kebanyakannya tidak boleh mengandung kerana dirogol beberapa kali ataupun dijangkiti penyakit tertentu. Comfort woman ini juga sering dipukul dan didera. Perempuan yang belum matang juga diambil sebagai comfort woman dan yang membangkang akan dibunuh.
    Penggunaan kanak-kanak dalam tentera boleh dijadikan dalam 3 bentuk,iaitu kanak-kanak dijadikan tentera, kanak-kanak digunakan sebagai perisik,kanak-kanak digunakan untuk keuntungan politik ataupun propaganda.Sepanjang sejarah dan dalam banyak budaya, kanak-kanak telah terlibat dalam tentera walaupun praktik seperti itu salah dari segi undang-undang.Contoh-contoh negara yang menggunakan kanak-kanak untuk berperang:
    1)Chad,Africa-Kanak-kanak dijadikan tentera dalam Sudanese Liberation Army untuk berperang.
    2)Sudan-Terdapat 17 ribu kanak-kanak dalam tentera kerajaan dan militia lain.
    3)Iraq-Kanak-Kanak yang berumur 10 didapati memasuki tentera Saddam yang dinamakan Ashbal Saddam.
    Pada tahun 1989,satu resolusi telah diluluskan oleh United Nation iaitu semua kanak-kanak yang berumur 15 dan ke bawah tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam peperangan.Negara-negara yang tidak mematuhi akan didakwa oleh ICC iaitu International Crime Court atas kesalahan jenayah perang.Pada tahun 2005,United Nations mengadakan satu badan untuk memantau negara-negara untuk memastikan penggunaan kanak-kanak dalam peperangan.Red Hand Days juga diadakan untuk menyedarkan orang ramai tentang penggunaan kanak-kanak dalam peperangan.
    Kesimpulannya,peperangan membawa banyak kesan negatif kepada segi ekonomi,politik dan sosial satu negara.Wanita semasa zaman peperangan terpaksa melalui pengalaman yang pahit dan kanak-kanak terpaksa menjadi anak yatim kerana kehilangan ibu-bapa semasa peperangan.

    Kumpulan 4

    ReplyDelete